web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Gadis Jolobu The Movie' Ketengah Dialek Negeri Sembilan

Selepas kejayaan filem mengetengahkan dialek seperti 'Mami Jarum' dan 'Hantu Kak Limah', tiba giliran 'Gadis Jolobu The Movie' yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan untuk menghiburkan penonton Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem yang mengetengahkan dialek bahasa sangat jarang dihasilkan di Malaysia.

Jika sebelum ini Prof Madya Razak Mohaideen sering menghasilkan filem yang mengetengahkan dialek utara seperti Anak Mami The Movie dan Mami Jarum, kini syarikat Zebra Studio dan Termendous Entertaiment mempertaruhkan filem terbaru terbitan mereka iaitu Gadis Jolobu The Movie yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan.

Filem yang diinspirasikan dari lagu popular dengan tajuk yang sama ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan pendatang baru iaitu Ahirine Ahirudin.

Menariknya filem ini diarahkan oleh pengarah berbangsa Cina yang sebelum ini banyak mengarahkan filem-filem Hong Kong iaitu CL Hor.

Saraleana Nattaya Azmi
Saraleana Nattaya Azmi

Menurut pengasas Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, dia yakin bahawa filem yang memaparkan budaya masyarakat di Malaysia akan mendapat sambutan kerana di barat juga mereka sudah lebih terbuka dengan filem dan drama yang bersifat global.

“Kalau kita lihat drama seperti 'Money Heist', walaupun drama itu dalam bahasa Sepanyol, tetapi ramai yang tonton. Sama juga dengan drama Korea. Itu bukan bahasa kita. Tetapi penonton masih boleh terhibur dengan drama yang dihasilkan kerana produksi yang berkuati serta lakonan hebat dari para pelakon,” katanya.

Tambahnya lagi, arwah Mamat Khalid juga pernah berjaya dengan filem pecah panggung Hantu Kak Limah yang mengetengahkan dialek negeri Perak.

Lebih menarik, filem ini akan turut ditayangkan kepada umum secara wayang pacak dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC).

“GSC adalah kita punya pengedar dan wayang pacak ini kita akan buat di sekitar Negeri Sembilan dan kita akan pergi ke kampung-kampung kerana orang-orang yang tinggal di kampung jarang pergi menonton filem di panggung wayang.

"Kita akan jual tiket dengan harga yang berpatutan jadi semua dapat pengalaman seperti menonton wayang di panggung wayang,” kongsinya.

Filem Gadis Jolobu The Movie akan menjalani penggambaran di sekitar Negeri Sembilan sepanjang bulan Mac ini dan akan ditayangkan pada bulan Jun nanti. - Getaran, 15 Mac 2022

Foto: Instagram

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Didakwa Malukan Wartawan: ‘Biar Betul Datuk Tak Tahu Temu Bual Live?’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN