web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akhirnya Terbongkar Identiti Periuk Kera, Si 'Penyanyi Antarabangsa'

Melucukan. Ada juri yang bermati-matian mengatakan bahawa Periuk Kera adalah seorang penghibur dari Korea Selatan bernama Hanbyul.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 12:49PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah memberikan petunjuk (clue) yang betul mengenai misteri penyanyi di sebalik topeng dan kostum Periuk Kera di dalam minggu ketujuh program The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua, namun tekaan-tekaan juri masih tidak tepat dan tersasar jauh. 

Bahkan, hampir kesemua juri melopong dan bagaikan tidak percaya bahawa di sebalik topeng Periuk Kera merupakan penyanyi, komposer dan pelakon, Reshmonu yang menduduki di tangga terakhir minggu ini dengan markah terendah sebanyak 78.33%.

Sedangkan, ada juri yang bermati-matian mengatakan bahawa Periuk Kera adalah Hanbyul, seorang penghibur dari Korea Selatan. Agak melucukan!

Kalau kita mendengar pelat Periuk Kera selama ini menerusi nyanyiannya, memang nyata sekali dia bukan dari Korea Selatan. 

Walaupun tersingkir pada minggu ketujuh, Reshmonu tetap gembira kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas TMSM musim kedua. 

“Proses ini semua sungguh menyeronokkan dan saya sendiri tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar tekaan juri-juri yang salah hingga saya ketawa terbahak-bahak di dalam kostum ini,” katanya yang menyanyikan lagu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ nyanyian asal Datuk M. Nasir. 

Reshmonu atau nama sebenarnya Hiresh Haridas mula menggegarkan tanah air pada awal 2000 dan antara lagu hitsnya adalah ‘Walk Away’, ‘Cintaku Pergi’, ‘Hey Waley’ dan ‘Superfine’. 

Memandangkan tekaan juri-juri yang kurang tepat dan tersasar jauh, Zizan Razak tetap menduduki di tangga teratas dengan meraih empat markah pada minggu ini, diikuti Remy Ishak dan Datuk Aznil Hj. Nawawi dengan masing-masing mengumpul tiga markah. 

Sementara itu, minggu ketujuh menyaksikan Orkid, Rambutan dan Ratu Semut berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 94.22%, 93.22% dan 91.78% manakala Bujang Senang, Si Merak dan Periuk Kera di kedudukan tiga tercorot dengan markah 86.56%, 81.00% dan 78.33%. 

Dengan ini, hanya tujuh selebriti di sebalik topeng Orkid, Rambutan, Ratu Semut, Burung Hantu, Seladang, Bujang Senang dan Si Merak akan mara ke minggu suku akhir. 

Jangan lupa saksikan TMSM musim kedua pada Jumaat ini, untuk mengetahui siapa yang ‘kantoi’ seterusnya. - Getaran, 14 Mac 2022

Gambar: ASTRO 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN