Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’ Sedia ke Pasaran Luar Negara

Walaupun kurang mendapat sambutan tempatan, filem 'Kenderaan Berat Ikut Kiri' bercita-cita untuk meluaskan sayap tayangan ke negara-negara jiran.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 3:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Kenderaan Berat Ikut Kiri (KBIK) arahan Jefry Talib kini dalam perbincangan untuk dipasarkan ke Brunei dan Indonesia memandangkan terdapat permintaan daripada peminat di negara berkenaan.

Malah kata Jefry, teraju filem itu, Sweet Qismina juga mempunyai peminat yang ramai di Indonesia dan pihaknya mendapat banyak pertanyaan dari negara itu yang ingin tahu sama ada KBIK akan ditayangkan di sana atau tidak.

"Jadi kami fikir, mengapa tidak. Selain itu, kami juga mahu filem ini ditayangkan di Brunei. Sudah ada perbincangan dengan pihak-pihak di sana. Jadi, kalau ada yang berminat Insya Allah, KBIK akan ditayangkan di pawagam kedua-dua negara,” ujar Jefry kepada Getaran ketika dihubungi baru-baru ini. 

Jefry berkata, sesuatu perlu dilakukan kerana pihaknya belum mendapat pulangan yang setimpal meskipun sudah berhabisan wang ringgit.

Selain membawa filem ini ke negara jiran, Jefry juga bercadang untuk menjual KBIK ke stesen-stesen televisyen dan platform atas talian seperti Netflix. 

Dalam pada itu, Jefry yang diminta mengulas mengenai sambutan daripada peminat filem Melayu selepas KBIK ditayangkan di saluran Astro First pada Februari lalu serta desas-desus pihaknya tidak berpuas hati dengan publisiti yang diberikan oleh Astro First, dia berkata:

"Sebagai pengarah filem ini, sejujurnya saya berpuas hati dengan maklum balas daripada penonton. Alhamdulillah ramai yang cakap mereka suka dengan pemandangan serta pemilihan pelakon.

"Cuma saya agak terkilan sedikit dengan pihak Astro First. Bagi saya mereka tidak memberikan publisiti yang sepatutnya kepada KBIK. 

"Kami sebagai syarikat kecil (Cineorama Sdn Bhd) terasa bagai dianaktirikan. Bayangkanlah Astro First hanya hebahkan tentang filem ini sehari sebelum tayangan. Itu pun selepas kami bertanyakan tentang hal ini. Apa yang saya tahu, mereka sepatutnya menggunakan pelbagai platform milik mereka untuk mempromosikan KBIK.”

"Tapi, ia tidak berlaku. Bagaimanapun, saya tidak begitu pasti tentang perkara ini kerana syarikat saya telah melantik MM2 Malaysia Entertainment untuk mengedarkan filem ini. Perbincangan adalah antara MM2 dan Astro First. Saya ada bertanyakan MM2, tapi sehingga hari ini belum ada maklum balas daripada mereka.

Jelas Jefry, jika KBIK mendapat ruang publisiti yang sepatutnya, maka filem ini juga akan mendapat pulangan yang baik kerana menampilkan sesuatu yang berbeza dan dirindui oleh peminat.  

"Saya percaya ia akan mendapat sambutan yang lebih baik kerana mempunyai kekuatan tersendiri. Selain menampilkan pelakon-pelakon yang bagus seperti Syafie Naswip, Sweet Qismina, Satiya, Ropie dan Ebby Yus, saya juga lari daripada kebiasaan filem-filem Melayu sekarang ini. 

“Tiada watak datuk atau kereta mewah. Saya juga mengembalikan memori filem Melayu terdahulu. Latar tempat adalah di sebuah perkampungan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menerusi filem ini, penonton boleh melihat pemandangan kampung yang cantik dan tenang.

"Walaupun ia bergenre komedi romantik, namun isu dan mesej yang cuba disampaikan sangat relevan dengan situasi terkini. Sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat,” ujar Jefry.

Sementara itu, sumber terdekat Astro First ketika ditanya mengenai isu promosi yang dibangkitkan oleh Jefry berkata, kemungkinan berlaku kekeliruan kerana perbincangan adalah antara Astro First dan MM2 Entertainment Malaysia, tanpa melibatkan pengarah. 

"Treatment kami adalah sama untuk semua filem yang ditayangkan di Astro First. Tidak ada membeza-bezakan. Niat kami adalah untuk membantu penggiat filem yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Mungkin berlaku kekeliruan atau salah faham tentang promosi filem ini atau mungkin juga pengarah filem ini terkeliru dengan Cinema At Home.

"Di bawah Cinema At Home, memang ada jentera pemasaran yang akan membantu mempromosikan filem-filem terbabit. Untuk filem KBIK pihak kami ada treatment yang berbeza,'' katanya.

Selain itu, katanya, ketika KBIK mendapat slot tayangan, negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) justeru ada kekangan yang terpaksa dihadapi oleh Astro First termasuk tidak dapat menjemput pelakon untuk ditemubual dalam program hiburan seperti H-Live dan Meletop.

"Selalunya, kami memang akan senaraikan platform yang boleh digunakan untuk mempromosikan sesebuah filem. Untuk lebih jelas, rangka promosi KBIK adalah tertakluk pada situasi semasa,” ujar sumber terbabit.

Bagi yang ingin menyaksikan KBIK, anda boleh ke Astro On Demand untuk membuat belian. Dengan RM15 (tidak termasuk cukai), anda boleh menonton filem ini selama dua hari. 

KBIK mengisahkan perkenalan tanpa sengaja pengendali jentera ladang, Adam (Syafie Naswip) dengan Lisa (Sweet Qismina) yang akhirnya mencetuskan bibit-bibit cinta.

Bagaimanapun, konflik timbul apabila Adam mendapat tahu bapa Lisa, Uncle Don (Ropie) adalah ketua penjenayah yang terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia. – Getaran, 16 Mac 2021.

Semua gambar: Twitter @kbik2020

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

5 Pilihan Filem Menarik Di Pawagam Untuk Tontonan Syawal Ini

Selain berkunjung ke rumah terbuka, anda juga boleh cari masa untuk berkumpul dengan keluarga dan teman untuk menonton filem pilihan di pawagam

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

Konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac lalu cipta fenomena luar biasa, turut beri kesan positif kepada Johor Bahru

oleh Wartawan Getaran