web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persembahan Aisha Retno Buat Juri Menangis

Persembahan penuh emosi daripada Aisha Retno pada konsert minggu ketiga Big Stage 2022 mengundang hiba sehingga barisan juri mengalirkan air mata.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 11:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert minggu ketiga program Big Stage 2022 menyaksikan para juri menitiskan air mata saat Aisha Retno membuat persembahan menyentuh jiwa membawakan lagu ‘Kesetiaan’ nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. 

Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan tidak mampu menahan emosi sewaktu Aisha mendendangkan lagu berkenaan sehingga mengalirkan air mata. Saat ditanya oleh pengacara, Siti berkata dia terkenangkan arwah Siti Sarah.

Ajai selaku pencipta lagu ‘Kesetiaan’ juga kelihatan sebak dengan persembahan Aisha. Katanya biarpun tiada yang mampu menandingi kehebatan nyanyian Siti Sarah, namun Aisha menyanyikan lagu itu dengan baik dan sedap didengar untuk generasi baru.

Ajai juga memohon kepada seluruh hadirin untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah sekali gus mengundang suasana hiba. 

Aisha yang membuat persembahan sambil bermain piano kelihatan turut tidak dapat menahan emosinya dan mengalirkan air mata pada penghujung persembahan. 

Persembahan Aisha mendapat markah tertinggi daripada barisan juri iaitu sebanyak 82% sekali gus meletakkannya di kedudukan teratas carta pemarkahan.

Malang buat peserta Lia Aziz yang menyampaikan lagu ‘Kisah Hati’ nyanyian Datin Alyah apabila dia menjadi mangsa penyingkiran kedua selepas gagal memperoleh markah memuaskan daripada barisan juri serta jumlah undian yang rendah dari penonton.

Selain diadili oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai, setiap peserta turut diadili oleh juri juara jemputan iaitu Han Byul yang merupakan juara Big Stage musim kedua, juri pedas, Mas Idayu dan juri presiden netizen, Datuk Seri Vida. - Getaran, 21 Februari 2022

Gambar: Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN