web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Filem Jepun Online 2022 Bermula 14 Februari

Festival Filem Jepun (JFF) Online 2022 kembali lagi dengan membawakan 20 filem Jepun menarik terus ke skrin pencinta filem di Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Filem Jepun (JFF) Online 2022 kembali lagi dengan membawakan 20 filem Jepun menarik terus ke skrin pencinta filem di Malaysia. 

Filem-filem itu bakal disiarkan dalam talian secara percuma dari 14 hingga 28 Februari, menampilkan pelbagai genre - termasuk klasik, drama, thriller, dokumentari dan animasi, kata Yayasan Jepun di Kuala Lumpur (JFKL) dalam satu kenyataan. 

Semua filem berkenaan mengandungi sari kata dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 

Penonton juga boleh menikmati filem baharu yang dikeluarkan pada 2021 seperti – Under the Open Sky, sebuah drama bekas yakuza, Ito mengisahkan tentang gadis desa yang pemalu, Aristocrat menggambarkan kehidupan dua wanita dari kelas sosial yang berbeza dan AWAKE, sebuah kisah tentang kebangkitan kecerdasan buatan (AI) dalam permainan shogi iaitu sejenis permainan tradisional seperti catur di Jepun.

Dua anime - diadaptasi dari karya agung Akira Kurosawa Rashomon, dua dokumentari tentang ahli gusti sumo dan seorang cef Ramen legenda, serta koleksi filem kegemaran dari Festival Filem Jepun yang lalu, juga boleh ditonton selama 14 hari secara percuma.

JFF 2022 di Malaysia turut menampilkan Sharifah Amani dan Sherry Alhadad sebagai duta bagi festival dalam talian itu.

Kenyataan itu menambah bahawa satu siri 'Kuiz Nihongo' untuk pengguna dan pelajar bahasa Jepun juga akan diadakan sepanjang tempoh festival berlangsung, serta hadiah menarik menanti pemenang.

Pencinta filem hanya perlu melawat laman sesawang JFF Online 2022 di laman web JFKL, serta daftar akaun untuk menikmati festival filem itu. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendaftaran, senarai tajuk, sinopsis, jadual dan acara, boleh layari laman web JFKL. - Bernama 

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN