web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemunculan Iqbal, DSV Di Big Stage 2022, Apa Strategi Produksi?

Kredibiliti pentas berprestij Big Stage 2022 dilihat tercalar dengan kehadiran dua figura kontroversi iaitu Datuk Seri Vida dan Iqbal.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 4:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh malam minggu lalu apabila pentas Big Stage 2022 menjadi bualan hangat netizen Malaysia selepas dua figura kontroversi tiba-tiba muncul di pentas yang mengiktiraf bakat-bakat baharu industri muzik tanah air. 

Dua figura berkenaan ialah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang bertindak sebagai juri netizen dan Iqbal tampil sebagai kejutan peserta ke 12.

Jika ada peserta terpaksa mengharungi tiga kali sesi uji bakat untuk tembus ke pentas berprestij itu, Iqbal lolos tidak perlu melalui proses itu sebaliknya hanya berbekalkan video muzik  yang meraih 2.1 juta tontonan di YouTube. 

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, Iqbal menepati kriteria jumlah tontonan video di platform media sosial. 

“Untuk Big Stage 2022, kita mempunyai kepelbagaian kategori peserta. Kita ada peserta yang hanya bergantung pada jumlah tontonan video seperti Iqbal dan Sofea Jerung Merah.

"Big Stage adalah platform sebenar untuk mereka buktikan bahawa jumlah tontonan dan bakat yang ditonjolkan bergerak seiring," katanya sewaktu sidang media sejurus selepas tamat konsert.

Mengulas lanjut pemilihan Vida sebagai juri netizen, kata Norzeha perkara itu adalah selaras dengan peranan usahawan itu sebagai penaja. 

“Tugasnya sebagai juri netizen adalah salah satu komitmen sebagai penaja. Kita akur dengan komitmen yang telah pun dipersetujui sejak beberapa bulan yang lalu,” ujarnya. 

Sewaktu Iqbal selesai membuat persembahan, salah seorang juri tetap iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza dilihat lambat untuk memberikan markah kepadanya. Malah, penyanyi nombor satu negara itu kelihatan bingung dengan apa yang sedang berlaku. 

Siti mengakui dia agak terkejut dan keliru dengan situasi itu. Namun, dia akhirnya akur perlu memberi markah kepada Iqbal. 

“Saya beri markah berdasarkan apa yang saya rasa selepas melihat persembahannya. Saya rasa saya perlu beri peluang. Semua orang boleh menyanyi tetapi ada banyak kelemahan yang dia perlu belajar di pentas Big Stage,” ujarnya.

Di media sosial, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penyertaan Vida dan Iqbal di pentas Big Stage 2022 dan mengecam tindakan produksi yang dikatakan cuba mencari publisiti murahan. 

Mereka turut mempersoalkan kredibiliti rancangan hiburan di Malaysia kerana sanggup memilih peserta seperti Iqbal sedangkan ada ramai penyanyi lebih layak berada di pentas itu. 

Malah, sewaktu Ajai memberikan lima markah kepada Iqbal, DSV dilihat seolah-olah tidak berpuas hati dengan penilaian juri profesional itu dengan mengatakan persembahan Iqbal terbaik pada pandangannya.

Walau apa jua strategi pihak produksi dalam menaikkan rating Big Stage, diharap gimik- murahan seperti ini tidak akan menafikan hak sebenar penyanyi yang benar-benar layak untuk menyerlah di pentas gah itu - Getaran, 7 Februari 2022.

Gambar: Instagram Astro Gempak

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN