Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pawagam Kembali Rancak Dengan 15 Filem Lokal Hingga Mac  

Menariknya, tujuh daripada 15 filem yang bakal ditayangkan sepanjang Januari hingga Mac ini adalah dalam bahasa Tamil.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 4:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak pawagam sudah dibenarkan beroperasi semula pada penghujung tahun lalu, karyawan-karyawan filem tempatan sudah mampu menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya, mereka sudah mula meraih keyakinan untuk kembali berkarya menerusi produksi filem terbaharu. 

Bagi yang sudah menyiapkan produk filem mereka sepenuhnya, pembukaan semula pawagam memberikan kelegaan kerana akhirnya karya-karya yang dihasilkan itu dapat ditayangkan kepada umum menerusi skim wajib tayang. 

Namun, situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda sejak ia mula menyerang dunia pada awal 2020 membuatkan ramai karyawan masih lagi gusar untuk menayangkan filem mereka di pawagam sejurus selepas ia kembali beroperasi semula pada September lalu.  

Rata-rata karyawan filem tempatan dilihat lebih gemar mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap sikap dan keterujaan penonton untuk kembali ke panggung dan menonton wayang  semula selepas berbulan-bulan lamanya pawagam terpaksa menghentikan operasi buat kali kedua kerana mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sebelum ini, kesemua syarikat pemamer telah pun menghentikan operasi berikutan pelaksanaan PKP pada Mac 2020 dan kemudian kerajaan telah membenarkan ia kembali beroperasi pada penghujung Feb tahun lalu. 

Tetapi, selepas dua tiga bulan, sekali lagi pawagam terpaksa menghentikan operasi pada Mei tahun lalu apabila PKP 3.0 dilaksanakan pula. 

Kesan daripada pelaksaan PKP 3.0 dan prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang perlu dipatuhi menyebabkan hanya segelintir kecil karyawan filem sahaja yang berani untuk menayangkan filem terbitan mereka di pawagam sepanjang tahun lalu.  

Bahkan, menerusi perkongsian daripada  laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), hanya lapan buah filem cereka sahaja yang telah ditayangkan di pawagam pada 2021. 

Filem-filem tersebut adalah 'Salina' terbitan Madness Film Sdn Bhd pada 25 Mac, 'Tuju-Tuju' - Madness Film Sdn Bhd (1 April), 'Paramapatham' - Dream Sky Home Production Sdn Bhd (29 April), 'Dendam Kesuma' - Richplus Media Sdn Bhd (4 April 2022), 'Budak Kripto' - ACS Pictures Sdn Bhd (11 September), 'Rumah Madu Berhantu' - Multimedia Film Production Sdn Bhd (2 Disember), 'My Peyi' - Unison Production Sdn Bhd (9 Disember) dan 'Prebet Sapu' - Kristal Azmir Sdn Bhd (16 Disember). 

Tahun ini, situasi tersebut dijangka berubah.  Pembukaan semula pawagam MBO di bawah pengurusan syarikat baharu pada Disember lalu dan jumlah penonton yang semakin ramai berkunjung ke sinema biarpun masih perlu mematuhi SOP norma baharu, memberikan keyakinan buat mereka untuk menayangkan filem di panggung. 

Menurut laporan yang diterima daripada FINAS, sepanjang Januari hingga Mac ini, terdapat 15 filem tempatan menanti giliran untuk wajib tayang di pawagam. 

Daripada 15 filem ini, 'Nasi Lemak 1.0' terbitan NSP Entertaiment Sdn Bhd (Mandarin) dan 'Poochandi' - Trium Bakaa Sdn Bhd (Tamil) ditayangkan pada bulan ini. 

Filem-filem yang menanti tayangan pada Februari pula adalah 'Kongsi Raya' - 555 Film Sdn Bhd (Melayu) dan 'Small Town Heroes' - Lomo Pictures Sdn Bhd (Mandarin), 'Aval Thediyathu' - At Movies Sdn Bhd (Tamil), 'C144 Human X Nature' - Redboy Pictures Sdn Bhd (Inggeris), 'Syahadan' - Trillion Marketing Sdn Bhd (Melayu), 'Rumah' - Mojo Project Sdn Bhd (Melayu) dan 'Narigal' – Boss Pictures Sdn Bhd (Tamil). 

Bagi bulan Mac pula, filem-filem yang bakal ditayangkan adalah 'Bintang Hatiku' - 555 Film Sdn Bhd (Melayu), 'Moondram Athigharam' - Kalki Prod. Group Sdn Bhd (Tamil), 'The Assistant' - Act 2 Pictures Sdn Bhd (Inggeris), 'Gila Gusti' - Lomo Pictures Sdn Bhd (Melayu), 'Viman' - AMKSCAPE Sdn Bhd (Tamil) dan 'Kambathe Kannemma' - D’ Cinema Sdn Bhd (Tamil). 

Apa yang menarik, tujuh daripada 15 filem yang bakal ditayangkan sepanjang Januari hingga Mac ini adalah dalam bahasa Tamil. Manakala empat daripadanya adalah dalam bahasa Melayu, dua Mandarin dan dua Inggeris. 

Jumlah filem Tamil yang mengatasi filem Melayu untuk ditayangkan pada tiga bulan pertama tahun ini memberikan satu petanda bahawa memang adanya permintaan terhadap karya-karya Tamil buatan tempatan. 

Penerimaan terhadap segelintir filem Tamil tempatan di India Selatan juga mungkin antara faktor yang menyebabkan karya Tamil semakin banyak dihasilkan oleh karyawan-karyawan filem tempatan kita. 

Apapun, jumlah filem tempatan yang menunggu giliran wajib tayang di pawagam pada tiga bulan yang pertama ini ternyata memberikan sinar dan harapan bahawa industri perfileman kita mampu bernafas kencang selepas ini. - Getaran, 25 Januari 2022

Gambar: Poster (FINAS, IMDB, FB) & Fail

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 20 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 16 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran