web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Opera Cina, Keluarga Malaysia Dan Iklan Tahun Baru

Bangunan Persatuan Benevolent Dramatic Yen Keng berciri vintaj kembali meriah dengan penggambaran iklan sempena sambutan Tahun Baharu Cina oleh syarikat penerbitan TVC Keluarga Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jan 2022 4:53PM

Gambar: Zulaikha Zainuzman, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekali pandang, kewujudan sebuah bangunan lama di satu sudut di Jalan Sultan berdekatan Stesen MRT Pasar Seni di sini, mungkin tidak memberi apa-apa makna buat warga kota.

Namun bangunan yang didiami Persatuan Benevolent Dramatic Yen Keng Selangor itu telah berdekad lamanya memelihara satu seni lama yang dikenali sebagai opera Cina atau Xiqu, daripada hilang ditelan zaman.

Siapa sangka bangunan berciri vintaj itu kembali meriah dengan penggambaran iklan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Feb ini oleh syarikat penerbitan TVC Keluarga Malaysia.

Selaras dengan aspirasi 'Keluarga Malaysia', Pejabat Perdana Menteri telah melantik syarikat berkenaan untuk menghasilkan satu iklan khas yang diinspirasi daripada kisah benar seni yang semakin dilupakan itu.

“Seperti yang kita tahu, Tahun Baharu Cina lazimnya dimeriahkan dengan tarian singa, tetapi kita mahu mengambil pendekatan baharu, iaitu menghidupkan semula opera Cina,” kata ketua pengarah TVC Keluarga Malaysia Faisal Rais dalam satu wawancara bersama media ketika penggambaran iklan itu di premis berkenaan hari ini.

Persatuan Benevolent Dramatic Yen Keng Selangor pada tahun 2016. Gambar: Facebook Rakan KL, Poh Lin dan jalansultan.blogspot.com
Persatuan Benevolent Dramatic Yen Keng Selangor pada tahun 2016. Gambar: Facebook Rakan KL, Poh Lin dan jalansultan.blogspot.com

Faisal berkata opera Cina meraih tarikan pada peringkat antarabangsa berikutan perkembangan teknologi platform media, sekali gus mencetuskan perasaan ingin tahu dan minat orang ramai terhadap seni berkenaan.

Penggambaran iklan itu hanya mengambil masa sehari dan akan ditayangkan pada 30 Jan ini dalam pelbagai bahasa, dengan iklan berdurasi satu minit adalah untuk tayangan televisyen, manakala video sepanjang dua minit adalah untuk platform media Keluarga Malaysia seperti Facebook dan YouTube.

Sementara itu pengarah skrip Sidiqin Omar yang menjalankan kajian dan menulis skrip iklan itu dalam masa dua minggu berkata, beliau menghadapi cabaran memastikan jalan cerita itu menepati aspirasi 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.'

"Dalam konteks Tahun Baharu Cina kali ini, iaitu Tahun Harimau, watak utama adalah seorang yang berani. Berani memberi pandangan dan dalam masa sama berani meminta tolong rakan-rakannya berusaha untuk menjayakan persembahan opera Cina,” kata Sidiqin. 

Turut hadir pada penggambaran hari ini ialah penasihat seni rias dan busana TVC Keluarga Malaysia Elizabeth @ Choi Yam Heong, 86, yang pernah digelar primadona opera Cina di Malaysia. 

Pelakon utama iklan, Charmaine Cheong, 21, yang juga dikenali dengan nama pentasnya Siew Lin
Pelakon utama iklan, Charmaine Cheong, 21, yang juga dikenali dengan nama pentasnya Siew Lin

Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, Elizabeth yang lahir dalam keluarga opera Cina, telah lama berkecimpung dalam industri itu, selain ayahnya yang juga merupakan ‘bos’ seni persembahan kebudayaan itu.

“Sayalah pelakon dan saya juga penyanyi. Saya mewarisi opera Cina daripada keluarga. Keluarga dan kakak-kakak saya yang mengajar saya,” katanya dalam bahasa Kantonis.

Menurutnya, ketika berumur 17 tahun, ayahnya telah membawa beliau ke Hong Kong untuk mempelajari opera Cina dengan seorang guru di sana.

Sehingga sekarang, beliau masih bergiat dalam industri itu dan telah mempunyai sebilangan pelajar yang berminat mendalami seni budaya Cina.

Aspirasi Keluarga Malaysia diketengahkan dalam penceritaan iklan berkenaan iaitu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan kaum bersatu untuk saling membantu ekoran berlakunya bencana banjir yang tidak dijangka. 

Syarikat penerbitan itu turut menjalankan pencarian bakat bagi mencari pelakon utama dan akhirnya memilih Charmaine Cheong, 21, yang juga dikenali dengan nama pentasnya Siew Lin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN