web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan 

Terbaik di antara yang terbaik, itulah boleh disimpulkan tentang kemenangan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza musim kelapan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 11:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepuluh minggu beraksi di pentas berprestij setiap malam minggu, akhirnya Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke lapan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Pada konsert akhir yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), anak jati Singapura itu telah menyampaikan tiga lagu. Bagi penampilan solo Aliff menyampaikan lagu 'Sampai Syurga' dendangan asal Faizal Tahir.

Sementara lagu duet pula Aliff bergandingan dengan Hafiz Suip mempersembahkan 'Dealova' yang dipopularkan oleh Once. Untuk pusingan ‘battle’ bersama Aweera mereka menyampaikan lagu 'Budak Flat' (Aman Ra).

Kehebatan Aliff pada malam itu dicabar oleh dua lagi finalis yang turut disebut-sebut bakal membawa pulang gelaran juara iaitu Nikki Palikat yang meraih gelaran naib juara dan Suki Low yang memenangi tempat ketiga. 

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Aliff dinobatkan sebagai juara kerana persembahan solo dan duetnya yang hebat. 

“Aliff sangat bagus untuk pusingan pertama. Pusingan kedua iaitu ‘battle’, persembahan Nikki dan Suki adalah yang terbaik. 

Bagi Datuk Syafinaz Selamat pula, dia berpendapat bahawa Aliff sangat layak untuk bergelar juara berdasarkan persembahannya pada malam itu.

“Saya suka kesemua finalis pada malam ini kerana mereka membuat persembahan dengan sepenuh hati. Mereka bertarung habis-habisan. Pada saya pemenang memang sangat layak. Aliff memang kita nampak daripada mula apa yang kita gelarkan muzikaliti.

"Itu sangat penting untuk seorang penyanyi dan penghibur. Aliff bangkit di peringkat akhir dan tidak mengaku kalah. Itulah semangat yang kita perlukan daripada seorang juara,” ujarnya.

Juri dan barisan pemenang GV8
Juri dan barisan pemenang GV8

Juri dari Indonesia, Hetty Koes Endang pula menyifatkan Aliff sebagai seorang yang mendengar kata dan mengambil segala nasihat yang diberikan oleh juri.

“Juri sering memberikan komen tentang nada rendah Aliff yang lemah. Tetapi dia seorang yang mendengar kata. Itulah peserta yang ingin maju. Dan, dia telah memberikan 99 peratus pada persembahannya di konsert akhir," katanya.

Bagi juri jemputan iaitu Joe Flizzow pula, dia berpendapat bahawa Aliff mempunyai kualiti seorang bintang yang sangat menyerlah.

“Dia berjaya menyampaikan semua lagu dengan baik dan sangat bersahaja di atas pentas. Dan, saya rasa ini adalah rezeki buatnya,” kata Joe. 

Sementara itu, Aliff meluahkan rasa syukur di atas kemenangannya dan masih cuba untuk hadam bahawa dia adalah seorang juara.

“Alhamdulillah. Saya sangat tak sangka akan menang. Saya tidak pernah rasa kemenangan pada malam ini (semalam) adalah disebabkan saya hebat. Saya pegang dengan yakinnya bahawa ini semua adalah susunan Allah. Saya hanya buat yang terbaik.

"Saya bersaing dengan mereka yang sangat hebat seperti Nikki dan Suki. Kami ibarat satu keluarga besar di sini dan sangat mengambil berat di antara satu sama lain. Saya harap semua terhibur dengan konsert akhir Gegar Vaganza musim kelapan ini,” luahnya. 

Ditanya apakah perancangannya selepas ini dan apa yang akan dilakukannya dengan wang kemenangan, kata Aliff dia akan menggunakan wang itu untuk perkara yang baik.

“Sebenarnya saya masih cuba untuk hadam dengan semua ini. Saya tidak rancang apa-apa lagi, tetapi InsyaAllah, wang kemenangan ini akan digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Sebahagiannya akan diberikan kepada keluarga saya di Singapura, disini dan sebagainya. 

"Apa yang akan berlaku dalam karier saya selepas ini, InsyaAllah ia adalah pengenalan kepada Aliff Aziz yang baharu, begitu juga untuk finalis yang lain.

"Sebelum ini mungkin orang mengenali saya dengan lagu-lagu seperti 'Sayang-Sayang' dan 'Jangan Ganggu Pacarku' tetapi Gegar Vaganza memberi saya peluang untuk mencuba genre yang berlainan.

"InsyaAllah, mungkin selepas ini saya dapat hasilkan lagu dengan genre baharu. Saya juga akan kembali dalam dunia lakonan,” kongsinya. 

Aliff, Nikki dan Suki
Aliff, Nikki dan Suki

Pada malam konsert akhir itu, Aliff berjaya mengumpul markah sebanyak 83.06%, diikuti oleh Nikki dengan 81.26%, Suki (77.91%), Adibah Noor (67.25%), Azan Scan (64.04%) dan Aweera (63.90%). 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, Semoga Gegar Vaganza musim kelapan ini membuka pintu rezeki buat semua bintang yang bersaing untuk kembali menyerlah dalam industri hiburan tanah air. - Getaran, 24 Januari 2022


Gambar: Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN