web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Big Stage 2022 Dibarisi Penyanyi ‘Viral’ Termasuk Sofiaa Jerung Merah

Program Big Stage kembali lagi untuk musim keempat, membariskan 11 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 5:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pentas paling berprestij buat BBNU iaitu Big Stage kembali lagi untuk musim keempat dengan membariskan 11 peserta dalam kalangan bakat muda tempatan serta luar negara termasuk Indonesia dan Brunei. 

Seperti tahun sebelumnya, setiap peserta yang menyertai Big Stage haruslah mempunyai video yang telah ditonton melebihi 500,000 kali di mana-mana platform media sosial termasuk YouTube, Tik Tok dan lain-lain. 

Barisan peserta Big Stage tahun ini telah diperkenalkan di majlis sidang media yang berlangsung pada semalam. Mereka adalah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah  dari Brunei, dan Tegar Septian (Indonesia).

Barisan bakat baru yang bakal berentap mempamerkan kemampuan sebenar mereka sebagai penyanyi.
Barisan bakat baru yang bakal berentap mempamerkan kemampuan sebenar mereka sebagai penyanyi.

Menariknya tahun ini, kerusi juri kembali menjadi milik Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas berehat pada musim lalu kerana hamil anak kedua. Kehadiran Siti sebagai juri ditemani oleh seorang lagi juri tetap iaitu komposer terkenal, Ajai. 

Ajai dan Siti Nurhaliza.
Ajai dan Siti Nurhaliza.

Tugas sebagai pengacara masih menjadi milik Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang telah mengendalikan Big Stage sejak dari musim pertama. 

Alif dan Sherry kekal sebagai pengacara.
Alif dan Sherry kekal sebagai pengacara.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, sambutan hangat terhadap program Gegar Vaganza musim kelapan membuatkan mereka optimis untuk menganjurkan sebuah lagi pertandingan berskala besar walaupun dalam keadaan yang mencabar. 

Norzeha.
Norzeha.

“Gegar Vaganza yang bakal melabuhkan tirainya hujung minggu ini dilihat sebagai penanda aras dan pemangkin semangat buat kami demi komitmen pelanggan Astro yang tidak pernah berhenti menyokong kami selama ini. 

"Menerusi Big Stage 2022, kami sekali lagi membuka ruang perkongsian kreatif khusus generasi BBNU di peringkat serumpun untuk mengembangkan bakat dan potensi diri.

"Oleh itu setiap peserta perlu bijak merebut peluang yang ada untuk beraksi dengan cemerlang di pentas komersial secara ‘live’ seumpama ini kerana ia mampu memberi anjakan kepada prestasi dan hayat seni mereka,” katanya

Bagi juri tetap pula, apa yang mereka cari daripada setiap peserta adalah karisma sebagai penghibur yang bukan sahaja boleh menyanyi dengan baik tetapi memiliki faktor X disamping berkongsi input serta pengalaman sebagai juri profesional. 

“Tugas kami sebagai juri adalah untuk menegur dan beri tips menerusi pengalaman yang kami ada . Macam saya lebih kepada pengalaman kerana saya tidak pergi kelas muzik dan belajar tentang muzik. Jadi pengalaman yang banyak mengajar saya dan saya akan kongsikan dengan mereka apa yang saya tahu.

"Ajai pula memang pakar dalam bidang muzik, mencipta lagu dan sebagainya. Masing-masing mempunyai kelebihan,” ujar Siti. 

Bagi Ajai pula, penyanyi baharu haruslah menjadi seorang yang versatil dalam mencuba pelbagai genre muzik.

“Versatil itu penting. Jangan hidup dengan satu konsep. Bila sertai pertandingan perlu cuba pelbagai genre dan gunakan kelebihan yang ada.

"Lagi satu setiap peserta perlu kuat dan jangan ada ketakutan pentas yang berlebihan kerana jika takut berlebihan, ia menutup segala kelebihan yang mereka ada,” ujar Ajai. 

Sofiaa Jerung Merah.
Sofiaa Jerung Merah.

Antara peserta yang menjadi bualan ramai tentunya Sofiaa Marieylla yang terkenal dengan lagu 'Akulah Jerung Merah'. Dengan kuasa viral akhirnya Sofiaa kini bergelar penyanyi dan dapat menyertai Big Stage 2022 yang mana ia sesuatu yang sangat luar biasa bagi penyanyi baharu. 

Menurut Sofia, Big Stage merupakan pentas impiannya sejak dulu lagi dan tidak sangka akhirnya menjadi kenyataan apabila terpilih sebagai salah seorang peserta kali ini.

“Sebenarnya, ramai yang tidak tahu saya sudah menyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Saya banyak buat persembahan di pantai timur sehinggalah ke Thailand.

"Saya menyertai Big Stage kerana mahu luaskan lagi ilmu muzik dan persembahan. Saya mahu buktikan pada orang luar yang tanggapan mereka tentang saya sebelum ini ternyata salah,” kongsinya.

Tegar Sepian.
Tegar Sepian.

Sementara itu, peserta dari Indonesia iaitu Tegar Septian yang pernah popular beberapa tahun lalu menerusi lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' meluahkan rasa teruja menyertai Big Stage sekali gus mewakili negaranya. 

“Saya sangat gembira dan sudah tidak sabar untuk ke Malaysia,” katanya menerusi sesi temubual video. 

Pentas pertama Big Stage bakal dibuka pada 6 Februari 2022 dan akan berterusan selama lapan minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  (PICC). - Getaran 20 Januari 

Gambar: Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN