web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerana Meminati Mawi, Zarina Terima Tawaran ‘Hantu Kuat Ketawa’  

Jika diberi pilihan, Zarina Anjoulie atau Anju ingin bawakan watak mencabar malah percaya ramai mahu melihat dia tampil sebagai ustazah.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 2:36PM

Gambar: Instagram @anjoulielavocah1

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang kini bergelar pempengaruh, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 35, mengakui tawaran membintangi filem arahan terbaharu Mawi iaitu Hantu Kuat Ketawa bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. 

“Ya saya berlakon filem Hantu Kuat Ketawa ini kerana Mawi. Saya memang sudah lama meminatinya sejak zaman Akademi Fantasia lagi. 

“Ia berpunca daripada nenek saya yang cukup meminati Mawi. Daripada neneklah,  saya mula mengetahui Mawi. Bahkan, nenek saya juga siap mengundi Mawi. 

“Saya juga sering mengikuti perkembangan Mawi termasuklah apabila dia menghasilkan filem pertamanya, Tiada Tajuk. Adakah anda sudah menonton filem tersebut? Jika belum, anda harus menonton hasil kerjanya,” katanya. 

Zarina ketika sidang media filem Hantu Kuat Ketawa
Zarina ketika sidang media filem Hantu Kuat Ketawa

Sambung Zarina atau mesra disapa Anju lagi, dia sendiri tidak menyangka Mawi berbakat besar serta kreatif dan ia terbukti menerusi filem Tiada Tajuk.

“Hasil kerjanya sangat bagus. Dari situ timbul keinginan untuk berlakon di bawah arahannya, malah saya juga sanggup melakukannya secara percuma. 

“Barangkali Allah SWT mendengar doa saya, tiba-tiba suatu hari saya dihubungi Ekin (isteri Mawi) menerusi IG. Dia menawarkan saya berlakon dalam filem Hantu Kuat Ketawa.  

“Kali pertama saya berjumpa dengan Mawi, saya jadi kelu. Yelah, kita tahu Mawi ini pandai serba-serbi termasuklah mengaji dan bila duduk dengan dia serta mengenalinya secara peribadi, banyak benda yang saya pelajari daripada pengalaman hidupnya," kata Zarina. 

Membawakan watak Datin Nilam iaitu isteri kepada seorang penipu dalam Hantu Kuat Ketawa, Zarina memberitahu, pada awalnya dia gusar untuk menjayakannya kerana sudah lama tidak berlakon filem. 

‘Kali terakhir saya berlakon filem adalah menerusi Amir dan Loqman Pergi Ke Laut bersama Shuib dan Shuk pada 2014. 

“Namun, saya bertugah kerana hasil tunjuk ajar Mawi dan semua barisan pelakon hebat iaitu Saiful Apek, Syanie dan Along Cham, saya dapat realisasikan watak Datin Nilam. 

"Saya suka dengan visi dan kreativiti Mawi malah saya seronok bekerja dengan rakan artis dalam filem ini.  

“Saya harap dapat bekerja lagi dengan Mawi dan pelakon-pelakon Hantu Kuat Ketawa dalam karya seterusnya. Kalau ada rezeki,” katanya. 

Zarina bersama barisan pelakon dan tulang belakang Hantu Kuat Ketawa.
Zarina bersama barisan pelakon dan tulang belakang Hantu Kuat Ketawa.

Berkongsi pengalamannya di lokasi penggambaran Hantu Kuat Ketawa, adakalanya dia berasa penat dan mengah kerana sudah lama tidak beraksi depan kamera. 

“Penggambaran filem ini dibuat pada tahun lalu. Waktu itu badan saya sangat gemuk. Apabila melihat badan saya di monitor, saya rasa jijik sangat. 

“Habis sahaja penggambaran saya terus buat lipo dan baru-baru ini saya buat lipo yang kedua.  

“Hasilnya, wajah saya semakin runcing dan beberapa bahagian di badan saya, misalnya lengan juga sudah mengecil. 

“Sekarang, saya cuba mengawal makan, bersenam dan mengambil makanan tambahan bagi menjaga diet.  

“Ini kerana tidak guna buat lipo jika tak jaga makan dan bersenam. Alhamdulillah, kini berat badan saya sudah mencecah 67 kilogram. Dulu, lepas bersalin, berat saya pernah mencecah 98 kilogram,” bicaranya jujur.  

Zarina kini semakin langsing.
Zarina kini semakin langsing.

Sambungnya lagi, sebaik sahaja menjayakan penggambaran Hantu Kuat Ketawa, dia telah menerima tiga lagi tawaran membintangi filem. 

“Bagaimanapun, ada yang terpaksa saya tolak kerana ia memerlukan saya berada di luar Kuala Lumpur. 

“Dalam keadaan sekarang saya belum boleh terikat terlalu lama dengan penggambaran dan berada jauh dari ibu kota. 

“Sebagai ibu tunggal saya tidak boleh tinggalkan anak saya lama-lama. Saya menetap di Nilai, jadi kalau ada tawaran berlakon di sekitar Kuala Lumpur, baru saya ambil,” katanya. 

Biarpun lebih gemar menyambut tawaran membuat reviu produk kerana ia jauh lebih lumayan berbanding berlakon, Zarina mengakui berlakon memberikan kepuasan yang berbeza. 

“Saya gemar membawakan watak yang mencabar. Kalau diberikan pilihan, saya mahu bawakan watak cacat atau ustazah. 

“Mengapa tidak ustazah? Saya rasa cukup menarik kerana ia jauh berbeza dengan apa yang orang lihat saya sekarang.

“Cuba beritahu saya, tidakkah orang ingin melihat jika Anju bawakan watak  Ustazah? Mesti orang nak tengokkan?,” katanya yang mengambil reviu IG story dengan bayaran RM150. 

Hantu Kuat Ketawa terbitan Al Najwa Productions Sdn Bhd dan MW Entertainment Sdn Bhd bakal menemui penonton di Astro First pada 27 Januari ini. 

Gambar: Ellyna Ali (Diambil menggunakan telefon bimbit Poco)

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN