web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sejarah Cinta Tak Jadi Kamal, Fatiha?

Melakonkan watak sebagai Fatiha dan Kamal, mereka berdua digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam filem terbaharu ‘Gracias Barcelona’.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 8:58AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya pelakon Fathia Latiff kembali menghiasi kaca televisyen apabila dipadankan sebagai sepasang kekasih bersama Kamal Adli menerusi filem terbaru Astro First, Gracias Barcelona.

Ia merupakan kemunculan semula Fathia Latiff sebagai Fatiha, juga penampilan filem pertama Kamal Adli sebagai Kamal selepas berkahwin.

Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati. 

Mengintai ruangan komen di Instagram, ternyata ramai yang teruja dengan kehadiran semula Fathia dalam industri lakon layar tanah air. 

“Rindu lakonan Fathia,” tulis seorang pengguna.

“Sudah lama saya tunggu kemunculan Fathia kembali,” kata pengguna yang lain.

Dalam filem yang memilih lokasi popular Barcelona sebagai latar penggambaran, ia turut dijayakan dengan barisan pelakon handalan seperti Afiq Muiz, Bell Ngasri dan Aleza Shadan.

“Menerusi filem ini, penonton tidak hanya dihiburkan dengan jalan cerita yang menarik tetapi anda juga dibawa melancong dengan menyaksikan pemandangan memukau di Sepanyol seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic,” kata Raja Jastina Raja Arshad yang juga merupakan Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw.

Filem ini turut diiringi dengan lagu tema utama bertajuk ‘Gracias Barcelona’, nyanyian Nadia Hasnan, lirik oleh Leaism dan komposer oleh El Moe Hussaini. Mengikut tema filem, lagu ini turut digubah mengikut rentak Spanish, Flamenco dan Latin.

Gracias Barcelona mengisahkan tentang Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona. Namun hubungan mereka diuji apabila pulang ke Malaysia. Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan.

Anda boleh menyaksikan Gracias Barcelona menerusi Astro First di saluran 480 atau di laman penstriman Astro On Demand. - Getaran, 18 Januari 2022

Gambar: Astro First

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Kali Pertama Mengalami Perasaan Trauma Hingga Kurung Diri – Kamal Adli

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN