Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


The Masked Singer Musim 2 Lebih Mesra Kanak-Kanak 

Apa yang menarik, 14 kostum yang digayakan barisan peserta nanti menampilkan imej dan budaya Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 5:39PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program pertandingan nyanyian penuh misteri, The Masked Singer telah berjaya mencetuskan fenomena pada tahun lalu sehingga turut diangkat sebagai pemenang bagi kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021. 

Bahkan, ia turut meraih perhatian ramai peminat cilik yang rata-rata cukup tertarik serta teruja melihat kostum-kostum menarik yang ditampilkan barisan peserta misteri dalam program ini. 

Atas sebab itu, pengisian untuk The Masked Singer musim kedua ini dihasilkan dengan lebih mesra kanak-kanak terutama penggunaan kostum buat 14 selebriti tempatan dari pelbagai cabang seni yang bakal menyertai cabaran nyanyian dalam program ini nanti. 

Apa yang menarik, 14 kostum yang akan dipakai barisan peserta ini nanti menampilkan banyak acuan imej dan budaya Malaysia iaitu Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Burung Hantu, Anggerik, Pepatung, Ratu Semut dan Burung Merak.

Kesemua kostum ini direka khas pereka kostum berpengalaman iaitu Akma Suriati Awang yang sebelum ini banyak terlibat dengan pelbagai produksi teater mega serta filem termasuk Hikayat Merong Mahawangsa dan Puteri Gunung Ledang. 

Namun, dalam The Masked Singer musim baru ini, Akma telah dibantu pereka fesyen, Hatta Dolmat untuk pelbagaikan gaya kostum ketika persembahan. 

Norzeha Mohd Salleh.
Norzeha Mohd Salleh.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, program yang mula diperkenalkan di Korea Selatan pada 2015 ternyata berjaya mencetuskan gelombang hebat di peringkat global sehingga ia kemudiannya diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika. 

“Keputusan membawanya ke Malaysia ternyata sangat tepat kerana The Masked Singer Malaysia musim pertama berjaya mencetuskan fenomena hebat sehingga diiktiraf di anugerah Content Asia Awards 2021. 

“Kita juga tidak sangka ramai kanak-kanak meminati program ini. Jadi, musim kedua ini pengisiannya lebih mesra kanak-kanak yang mana kita cuba tampilkan kostum yang lebih menarik, unik dan berwarna-warni. 

“Malah, kostum Nanas sebenarnya adalah cetusan idea salah seorang peminat cilik The Masked Singer. Peminat cilik itu menghantar lukisan kostum Nanas dan kita cuba realisasikannya  dalam program ini,” katanya pada sidang media 'The Masked Singer' musim kedua di Hotel VE, Bangsar South, petang semalam. 

Kostum Nanas yang direka oleh peminat cilik
Kostum Nanas yang direka oleh peminat cilik

Kata Norzeha lagi, The Masked Singer musim kali ini juga lebih sukar berbanding musim pertama. 

“Musim kedua ini akan memberikan lebih cabaran buat barisan juri untuk meneka siapakah penyanyi misteri di sebalik kostum-kostum ini. Kita cuba naikkan lagi tahap kesukaran untuk juri meneka.

“Kita tidak pernah minta peserta membuat persembahan nyanyian yang mengelirukan juri. Tetapi, mungkin itu juga strategi mereka untuk terus bertahan dalam program ini bagi meraih gelaran juara The Masked Singer Malaysia. 

“Untuk musim kali ini juga kita akan memperkenalkan anugerah khas, Tekaan Juri Paling Gempak untuk juri dengan tekaan paling banyak dan tepat di sebalik topeng,” katanya lagi. 

Barisan sembilan juri juga diperkenalkan pada siding media ini dan rata-rata adalah individu sama yang ditampilkan pada musim pertama. 

Mereka adalah Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zamdan Angah Raja Lawak.  Hanya Amy Mastura sahaja yang menjadi juri wajah baharu musim kedua ini. Manakala, menggalas tugas hos pula adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.

Barisan juri.
Barisan juri.

Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil turut dilantik sebagai dekan dalam kalangan jurimembe ritahu bahawa mereka sangat teruja menggalas tanggungjawab ini buat kesekian kalinya pada musim kedua The Masked Singer. 

“Apa yang boleh saya katakan, program ini telah berjaya membuatkan kami kelihatan lebih ‘cendekiawan’ dan sering menyalahkan antara satu sama lain sewaktu membuat tekaan. 

“Bayangkanlah betapa ‘bijaknya’ kami sehingga mampu memikirkan ada dua peserta yang memakai kostum sama. 

“Apapun, menjayakan program ini cukup menyeronokkan. Kami persis sebuah keluarga dan asyik bertekak berikutan tekaan-tekaan yang tidak tercapai dek akal,” katanya sambil kertawa. 

Kostum Aiskrim Roti antara yang akan menarik perhatian penonton cilik.
Kostum Aiskrim Roti antara yang akan menarik perhatian penonton cilik.

The Masked Singer Musim Pertama telah menobatkan Aina Abdul sebagai juara menerusi kostum bunga raya. Siapa pula yang bakal dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Musim Kedua? 

Saksikan The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna HD (107), pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 28 Januari ini. Ia juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Program ini akan bersiaran selama dua jam dan dua setengah jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). 

Manakala siri Live+ yang dihoskan Izzue Islam dan Anna Al Jufrey bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari ini. 

Dalam pada itu, pemuzik, penerbit, penggubah dan penulis lirik terkenal tanah air, Shah Slam sekali lagi tampil untuk musim kedua sebagai Pengarah Muzik.

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Tak Sangka! Datuk Jalaluddin Hassan Rupanya Selebriti Di Sebalik Topeng Si Manggis, Memang Satu Kejutan

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

'The Masked Singer Malaysia' Musim 3 Kembali Dengan Lebih Gah, Karakter Penuh Warna-Warni 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Terpaling Juara Tampil Pemenang AJL Bimbing Legenda Dan Bintang Baharu

4

Muzik 1 tahun yang lalu

‘Di Penjara Janji’ Versi Amir Masdi Trending Di YouTube

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 22 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 10 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 18 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran