Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kejayaan 'Succession', 'The Power Of The Dog' Mengejutkan!

Banyak kejayaan mengejutkan yang dicatatkan pada malam kemuncak Anugerah Golden Globe 2022 yang berlangsung baru-baru ini. Ikuti senarai lengkap pemenang anugerah ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 3:01PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri TV ‘Succession’ dan filem The Power of The Dog berjaya menyapu bersih beberapa kategori pada malam kemuncak Anugerah Golden Globe 2022 yang berlangsung pada malam Ahad lalu (waktu tempatan Amerika Syarikat).

‘Succession’ juga berjaya menewaskan ‘Squid Game’ yang menjadi fenomena di seluruh dunia untuk dinobatkan sebagai Siri Televisyen Terbaik, Drama. 

Namun kejayaan ‘Hacks’ meraih kemenangan bagi kategori Siri Televisyen Terbaik, Komedi atau Muzikal benar-benar mengejutkan.

Lebih-lebih lagi apabila ia berjaya menewaskan ‘Ted Lasso’ yang sebelum ini sudah beberapa kali memenangi anugerah tersebut. 

Kemenangan filem The Power of The Dog pada malam kemuncak anugerah ini memang sudah dijangka.

Apa yang tidak dijangkakan ialah ia hanya berjaya memenangi tiga kategori sahaja iaitu Filem Terbaik, Drama, Pengarah Terbaik dan Aktor Pembantu Terbaik Dalam Filem. 

Kemenangan yang mengecewakan adalah Nicole Kidman menerusi Persembahan Aktres Terbaik Dalam Filem, Drama. Ramai beranggapan Kristen Stewart lebih layak memenangi kategori ini berdasarkan watak Princess Diana yang dibawanya dalam Spencer. 

Namun berbeza pula dengan kemenangan O Yeong-su sebagai Aktor Pembantu Terbaik Dalam Siri TV. Walaupun berjaya menewaskan pelakon lain dalam kategori tersebut termasuk Brett Goldstein (‘Ted Lasso’), namun ramai yang sudah menjangkakan kemenangannya. 

Kemenangan Michaela Jaé Rodriguez atau MJ Rodriguez menerusi kategori Persembahan Terbaik Aktres Dalam Siri TV, Drama pula telah mencatat sejarah kerana dia adalah transgender pertama yang memenangi Anugerah Golden Globe. 

MJ Rodriguez meraih kemenangan tersebut menerusi persembahannya sebagai Blanca Rodriguez-Evangelista dalam siri ‘Pose’ terbitan FX. 

Berlangsung di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles, malam kemuncak anugerah yang diadakan untuk meraikan siri TV dan filem terbaik ini mencatatkan kejayaan manis buat Kate Winslet dan Will Smith. 

Dihadiri jumlah tetamu yang kecil, acara ini juga menyaksikan beberapa pelakon ternama A-list masih menjauhkan diri daripada anugerah ini susulan beberapa isu melibatkan Hollywood Foreign Press Association sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Berikut adalah senarai pemenang untuk kategori-kategori utama Golden Globes Award 2022.


FILEM 

 

 

Filem Terbaik, Drama

Belfast

CODA

Dune

King Richard

The Power of the Dog 

 

Filem Terbaik, Komedi Atau Muzikal 

Cyrano

Don't Look Up

Licorice Pizza

tick, tick... BOOM!

West Side Story 

 

Pengarah Terbaik 

Kenneth Branagh – Belfast

Jane Campion – The Power of the Dog 

Maggie Gyllenhaal – The Lost Daughter

Steven Spielberg – West Side Story

Denis Villeneuve – Dune

 

Lakon Layar Terbaik 

Paul Thomas Anderson – Licorice Pizza

Kenneth Branagh – Belfast 

Jane Campion – The Power of the Dog

Adam McKay – Don't Look Up

Aaron Sorkin – Being the Ricardos

 

Filem Bukan Bahasa Inggeris Terbaik 

Compartment No 6

Drive My Car 

The Hand of God

A Hero

Parallel Mothers

 

Filem Animasi Terbaik 

Encanto 

Flee

Luca

My Sunny Maad

Raya and the Last Dragon


 

Persembahan Aktres Terbaik Dalam Filem, Drama 

Jessica Chastain – The Eyes of Tammy Faye

Olivia Colman – The Lost Daughter

Nicole Kidman – Being the Ricardos 

Lady Gaga – House of Gucci

Kristen Stewart – Spencer

 

Persembahan Aktor Terbaik Dalam Filem, Drama 

Mahershala Ali – Swan Song

Javier Bardem – Being the Ricardos

Benedict Cumberbatch – The Power of the Dog

Will Smith – King Richard 

Denzel Washington – The Tragedy of Macbeth

 

Persembahan Aktres Terbaik Dalam Filem, Komedi atau Muzikal 

Marion Cotillard – Annette

Alana Haim – Licorice Pizza

Jennifer Lawrence – Don't Look Up

Emma Stone – Cruella

Rachel Zegler – West Side Story 

 

Persembahan Aktor Terbaik Dalam Filem, Komedi atau Muzikal 

Leonardo DiCaprio – Don't Look Up

Peter Dinklage – Cyrano

Andrew Garfield – tick, tick... BOOM! 

Cooper Hoffman – Licorice Pizza

Anthony Ramos – In the Heights

 

Aktres Pembantu Terbaik Dalam Filem  

Caitriona Balfe – Belfast

Ariana DeBose – West Side Story 

Kirsten Dunst – The Power of the Dog

Aunjanue Ellis – King Richard

Ruth Negga – Passing

 

Aktor Pembantu Terbaik Dalam Filem  

Ben Affleck – The Tender Bar

Jamie Dornan – Belfast

Ciarán Hinds – Belfast

Troy Kotsur – CODA

Kodi Smitt-McPhee – The Power of the Dog 

 

Scoring Original Terbaik Dalam Filem 

The French Dispatch

Encanto

The Power of the Dog

Parallel Mothers

Dune 

 

Lagu Original Terbaik Dalam Filem 

King Richard, 'Be Alive' – Beyoncé Knowles-Carter, Dixson

Encanto, 'Dos Oruguitas'– Lin-Manuel Miranda

Belfast, 'Down to Joy' – Van Morrison

Respect, 'Here I Am (Singing My Way Home) – Jamie Alexander Hartman, Jennifer Hudson, Carole King

No Time to Die, 'No Time to Die' – Billie Eilish, Finneas O'Connell 

 

 

TELEVISYEN 

 

Siri Televisyen Terbaik, Drama 

Lupin

The Morning Show

Pose

Squid Game

Succession 

 

Siri Televisyen Terbaik, Komedi atau Muzikal 

The Great

Hacks 

Only Murders in the Building

Reservation Dogs

Ted Lasso

 

Siri Terhad Terbaik, Antologi Atau Filem TV 

Dopesick

American Crime Story: Impeachment

Maid

Mare of Easttown

The Underground Railroad 

 

Persembahan Terbaik Aktres Dalam Siri TV, Drama  

Uzo Aduba – In Treatment

Jennifer Aniston – The Morning Show

Christine Baranski – The Good Fight

Elisabeth Moss – The Handmaid's Tale

Michaela Jaé Rodriguez – Pose 

 

Persembahan Terbaik Aktor Dalam Siri TV, Drama  

Brian Cox – Succession

Lee Jung-jae – Squid Game

Billy Porter – Pose

Jeremy Strong – Succession 

Omar Sy – Lupin

 

Persembahan Terbaik Aktres Dalam Siri TV, Komedi atau Muzikal 

Hannah Einbinder – Hacks

Elle Fanning – The Great

Issa Rae – Insecure

Tracee Ellis-Ross – Black-ish

Jean Smart – Hacks 

 

Persembahan Terbaik Aktor Dalam Siri TV, Komedi atau Muzikal 

Anthony Anderson – Black-ish

Nicholas Hoult – The Great

Steve Martin – Only Murders in the Building

Martin Short – Only Murders in the Building

Jason Sudeikis – Ted Lasso 

 

Persembahan Terbaik Aktres Dalam Siri Terhad, Antologi atau Filem TV  

Jessica Chastain – Scenes From a Marriage

Cynthia Erivo – Genius: Aretha

Elizabeth Olsen – WandaVision

Margaret Qualley – Maid

Kate Winslet – Mare of Easttown 

 

Persembahan Terbaik Aktor Dalam Siri Terhad, Antologi atau Filem TV  

Paul Bettany – WandaVision

Oscar Isaac – Scenes From a Marriage

Michael Keaton – Dopesick 

Ewan McGregor – Halston

Tahar Rahim – The Serpent

 

Aktres Pembantu Terbaik Dalam Siri TV 

Jennifer Coolidge – The White Lotus

Kaitlyn Dever – Dopesick

Andie MacDowell – Maid

Sarah Snook – Succession 

Hannah Waddingham – Ted Lasso

 

Aktor Pembantu Terbaik Dalam Siri TV 

Billy Crudup – The Morning Show

Kieran Culkin – Succession

Mark Duplass – The Morning Show

Brett Goldstein – Ted Lasso

O Yeong-su – Squid Game

Gambar: Instagram @goldenglobes

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dune Menang Besar, Namun The Power Dog Tetap Filem Terbaik!

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Selebriti 12 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Muzik 8 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri