web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PROFIMA Mahu Angkat Profesionalisme Kru Filem Ke Tahap Global

Transformasi PROFIMA 2024 adalah sebuah misi yang cuba dicapai Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dalam usaha untuk membaik pulih persatuan itu dari semua sudut.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 4:44PM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meningkatkan lagi skil dan tahap profesionalisme kru-kru filem serta tenaga kerja di belakang tabir industri filem dan video, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) akan menyediakan pelbagai latihan kemahiran, selain memberi pendedahan kepada mereka untuk bekerja dan meraih pengalaman dengan produksi luar dan antarabangsa.

Presiden PROFIMA, Khalil Salleh berkata, perancangan ini adalah sebahagian daripada 'Transformasi PROFIMA 2024' untuk tempoh tiga tahun selepas berlakunya perubahan dalam tampuk pimpinan PROFIMA susulan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada 29 Disember lalu. 

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PROFIMA Disember lalu. Gambar Fail
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PROFIMA Disember lalu. Gambar Fail

“Memang kita sasar untuk capai peringkat antarabangsa. Bukan hanya dari sudut skil dan kemahiran bekerja sahaja tetapi juga dari sudut pemikiran. 

“Kalau ada peluang, kita mahu menghantar tiga hingga lima peratus kru kita untuk bekerja dengan produksi luar.

“Kita harap dengan cara ini, mereka akan dapat bawa masuk budaya kerja dari luar itu dalam cara kerja mereka di sini. 

“Bagi kru-kru yang tidak keluar, kita akan cuba beri peluang untuk mereka bekerja dengan produksi antarabangsa yang membuat penggambaran di Malaysia,” katanya. 

Menurut Khalil lagi, pihaknya juga akan cuba berbincang dengan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) untuk mengadakan pertukaran kerja kru produksi dengan pihak produksi antarabangsa ini. 

“Dahulu, memang FINAS memiliki banyak hubungan dan ruang kerjasama dengan negara luar dan produksi-produksi luar ini ini. Kita harap hubungan dan ruang kerjasama ini akan diteruskan. 

“Sebenarnya dalam Asia pun banyak peluang seperti ini. Lihat sahaja Indonesia, produksi-produksi antarabangsa sudah mula masuk ke sana. 

“Mana tahu, selepas ini, Malaysia pula akan jadi tumpuan. Kita kena tunggu keadaan pandemik menjadi reda semula dan ada perubahan di dalam SOP. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

“Untuk mengubah industri perfileman memang sukar. Jadi, kita terpaksa membuat dahulu perubahan di dalam sektor tenaga kerja di belakang tabir industri filem dan video dahulu. 

“Jika kita dapat mengubah mentaliti dan budaya kerja kru filem dan video ke arah yang lebih profesional, ia mungkin akan diikuti pula dengan pelakon-pelakon, pengarah serta penerbit,” katanya lagi.

Selaku presiden baharu yang mengetuai seluruh saf pucuk pimpinan PROFIMA bagi sesi 2022 hingga 20224, Khalil berkata, ‘Transformasi PROFIMA 2024’ adalah sebuah misi yang cuba dicapai mereka dalam usaha untuk membaik pulih persatuan itu dari semua sudut. 

“Menerusi ‘Transformasi PROFIMA 2024’, kita cuba tumpukan kepada tiga teras utama. Teras pertama adalah mengubah dan memperbaiki pentadbiran persatuan, membina laman web dan mengemas kini keahlian. 

“Mengikut rekod kita memiliki 21,000 ahli tetapi yang benar-benar berdaftar dan membayar yuran hanyalah 5,000 ahli sahaja. 

“Atas sebab itu, kita perlu memastikan supaya ahli-ahli kita yang berdaftar ini terus aktif dan terlibat dalam setiap aktiviti dan kegiatan yang kita lakukan,” katanya. 

Untuk mengubah industri perfileman memang sukar. Jadi, kita terpaksa membuat dahulu perubahan di dalam sektor tenaga kerja di belakang tabir industri filem dan video dahulu. - Khalil Salleh

Jelas Khalil lagi, teras yang kedua adalah memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan skil kemahiran dalam kalangan pekerja belakang tabir. 

“Ini yang cuba saya sentuh dari awal tadi. Untuk mencapai objektif ini, kita akan mengadakan sinergi dengan banyak pihak termasuk FINAS dan syarikat penyewa peralatan filem untuk mewujudkan program-program online dan fizikal untuk kru.

“Bersama syarikat penyewa peralatan filem, kita akan cuba berikan latihan dan pendedahan kepada kru-kru ini supaya mereka dapat menguasai penggunaan teknologi baharu. 

“Teknologi masa kini berubah dengan begitu pantas sekali. Dalam dunia perfileman tidak terkecuali. kru harus bersedia untuk berdepan dengan perubahan teknologi ini,” katanya. 

Sambung Khalil lagi, bagi teras ketiga pula, PROFIMA akan terus memberikan tumpuan terhadap kebajikan ahli-ahli. 

“Kebajikan masih menjadi aspek penting kerana masih banyak lagi isu-isu berkaitan dengan kebajikan kru yang tidak selesai.

“Antaranya ialah isu perumahan untuk kru. Satu lagi tentang insuran. Walaupun, kru-kru sudah dilengkapi dengan insuran, namun polisinya perlu diperhalusi semula. 

“Kita juga sudah tubuhkan sebuah AJK bebas yang dianggotai ahli PROFIMA berkecuali dalam AJK tetap.

“Fungsi AJK bebas ini adalah untuk membantu menangani isu disiplin, hal-hal berkaitan dengan perundangan serta masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja. 

“Kita tidak mahu lagi timbul pelbagai isu melibatkan kru termasuk di media sosial. Kru juga dimaklumkan tentang hak mereka dan mereka juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap sesuatu insiden yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi. - Getaran, 10 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN