web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suki Terbaik, Sa.Ya Tersingkir Pentas Suku Akhir GV8

Persaingan di pentas suku akhir Gegar Vaganza musim kelapan yang berlangsung malam tadi menyaksikan kumpulan Sa.Ya tersingkir sekali gus gagal mara ke peringkat separuh akhir.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 2:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert suku akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung malam tadi menyaksikan kumpulan Sa.Ya tersingkir daripada meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir.

Sa.Ya yang membawakan lagu ‘Blues Terengganu Kita’ dari kumpulan Iklim mendapat markah tercorot iaitu sebanyak 58.20 peratus.

Berada di kedudukan dua terbawah pula adalah penyanyi senior, Shidee yang membawakan lagu 'Di Ambang Sore' dendangan asal S Effendy dengan markah sebanyak 58.60 peratus.

Suki muncul sebagai peserta yang mendapat markah paling tinggi (78.90 peratus) sekali gus meletakkannya di tempat pertama apabila berjaya memukau juri dan penonton dengan lagu bahasa Korea berjudul ‘You Are My Everything’.

Sa.Ya sewaktu ditemui ketika sidang media berkata, mereka berbangga kerana menjadi pelawak pertama ditawarkan menyertai Gegar Vaganza. 

“Untuk sampai ke minggu kelapan ini pun kami rasa terlampau jauh sangat. Kalau nak bercerita tentang puas hati ataupun tidak, disebalik satu kejayaan tersembunyi 99 kegagalan. Daripada situlah kita akan terus membina.

"Seketul batu-bata tidak mampu dapat menghasilkan bangunan. Tetapi bila kita saling melengkapi dengan kelemahan dan kekuatan masing-masing, InsyaAllah kita menuju kesempurnaan,” ujar Saiful Apek.

Ditanya apakah cabaran terbesar mereka sepanjang berjuang di pentas GV8, kata Sa.Ya pada mulanya agak sukar untuk kikis sisi lawak dalam diri mereka untuk setiap persembahan.

“Peserta lain minggu pertama sudah mula sebagai penyanyi. Untuk Sa.Ya minggu ketiga baru terasa bayang-bayang pelawak itu mula hilang. Paling susah bukan menyanyi tetapi untuk buang bayang-bayang lawak itu,” jelas mereka.

Biarpun sudah tersingkir dan gagal meneruskan perjuangan di pentas GV8, Sa.Ya akan terus menghadiri kelas vokal bersama Siti Hajar kerana keterbukaan jurulatih vokal itu untuk memastikan mereka mencapai standard penyanyi. 

Tambah Saiful Apek, dia berharap dengan penyertaan Sa.Ya dalam GV8 akan membuka lebih banyak ruang buat pelawak untuk menyertai Gegar Vaganza di masa akan datang. 

"Ramai pelawak yang juga penyanyi seperti Jalil Hamid dan Salleh Yaacob. Malah, saya rasa ramai pelawak boleh menyanyi. Penyertaan kami di GV8 ibarat membuka pintu pagar untuk mereka,” jelasnya. 

Sementara itu ketua Juri, Datuk Ramli MS menjelaskan kumpulan Sa.Ya tersingkir kerana banyak kesalahan di bahagian harmoni. 

“Banyak nota yang terlalu sumbang di bahagian harmoni. Mereka juga bukan 100 peratus penyanyi. Tetapi mereka merupakan artis yang sangat bertanggungjawab. Setiap tugasan yang diberi, mereka tetap buat walaupun tidak mencapai piawaian,” jelasnya. 

Pada malam itu, selain Suki yang mendapat tempat pertama, Aliff Aziz pula cemerlang di posisi kedua dengan markah 76.80 peratus. Turut cemerlang pada malam itu Aweera yang menduduki tempat ketiga dengan markah 73 peratus.

Sementara itu, Nikki Palikat pula berada di kedudukan keempat (72 peratus), diikuti Adibah Noor (68.70 peratus), Azan Scan (66.20 peratus), Ani Maiyuni (64.30 peratus) dan Shidee (58.60 peratus). - Getaran, 10 Januari 2022.

Gambar: Astro & AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN