web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


G Storm: Penutup Filem Anti Korupsi Hong Kong

Kekal sebagai bintang utama, Louis Koo memegang watak sebagai ketua penyiasat William Luk Che Lim yang bertanggungjawab menyelesaikan isu pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 5:03PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

G Storm terbitan Raymond Wong  bukanlah filem calang-calang di Hong Kong. Ia karya pelengkap kepada siri anti korupsi terkenal bermula daripada Z Storm (2014), S Storm (2016), L Storm (2018) dan P Storm (2019).

Pasti filem ini bermakna dan mempunyai khalayak tersendiri kerana ia berjaya dikekalkan sehingga beberapa siri. 

Siri Storm mengisahkan bagaimana pegawai Independent Commission Against Corruption (ICAC) bertindak di Hong Kong membanteras jenayah kelas atasan di negara itu.

Mengekalkan Louis Koo sebagai bintang utama, dia menyandang watak sebagai ketua penyiasat William Luk Che Lim yang bertanggungjawab menyelesaikan isu pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.

Memandangkan ia filem bersiri, menontonnya akan membuat kita mengimbau kembali pengalaman daripada siri-siri sebelumnya. Ia tidak hanya persembahan cerita malah kematangan pelakon, pergerakan kamera yang berubah mengikut tahun, warna filem serta aksi-aksi yang dijangkakan lebih baik setiap siri.

Namun entah kenapa, penulis merasakan G Storm kali ini seperti ada yang longgar. Skripnya terasa ditulis seperti ingin segera habis. Penonton melompat dari setiap plot ke plot yang lain dengan emosi tergesa-gesa.

Ada beberapa bahagian yang terasa sangat lambat bergerak. Pendek kata, jalan cerita untuk penutup siri Storm tidak begitu cantik dan kemas.

Bukan itu sahaja, terlalu kerap babak dan bahagian dalam filem ini mudah ditebak. Ia termasuklah aksi-aksi yang ditampilkan. Tidak ada aksi stunt dan mendebarkan yang betul-betul diingati penulis kecuali letupan di dalam lif.

 Bom yang dilekatkan di badan misalnya adalah babak tipikal yang dihasilkan daripada mana-mana filem bercorak kepolisian Hong Kong sebelum ini. G Storm seperti masih lagi terikat dengan rentak dan plot cerita pada tahun-tahun sudah dan tidak menghidangkan lebih banyak aksi mendebarkan yang baharu.

Bukan itu sahaja, ketika Jessica Hsuan tampil sebagai Emma Pang di tengah khalayak ingin mendedahkan jenayah yang ada dalam institusi kehakiman. Bahkan, babak itu pun sudah boleh diduga dan ia tidak begitu mengesankan. Pendek kata, penonton sudah boleh menduga apa pengakhirannya. 

Selain itu, babak letupan gunung berapi yang diselang-selikan dengan pergaduhan antara ICAC dan penjahat juga tidak begitu kemas dan menjadikan babak itu seperti karya-yang dihasilkan sedekad lalu. 

Penulis tidak pasti adakah pergerakan kamera untuk G Storm memang sengaja bergegar untuk menambah kesan mendebarkan atau tidak. Tetapii, penulis agak terganggu dengannya.

Namun begitu, lakonan Louis Koo, Jessica Hester Hsuan, Lai-Kit Kwan dan Datuk Rosyam Nor wajar dipuji dalam filem ini. Bagi menjiwai watak, Louis menggunakan senjata asli sepanjang beraksi.

Bukan itu sahaja Jessica juga berjaya melakonkan watak yang memerlukannya berlari dengan kasut tumit tinggi walaupun ketika itu kakinya baru sahaja terseliuh. 

Bukanlah mahu memihak kepada Rosyam kerana dia pelakon Malaysia, namun lakonannya sebagai King dalam filem ini benar-benar menjadi. Namun, sayang kerana babak yang menampilkan King tidak begitu banyak.

Rosyam tidak dapat dilihat benar-benar beraksi dalam filem ini tetapi masih mampu mencuri tumpuan. 

Mungkin kerana penggambaran filem ini dilakukan semasa pandemik melanda dunia, maka David Lam selaku pengarah terpaksa memotong babak dan hanya menggunakan kreativiti yang ada dalam ruang yang terhad untuk G Storm. 

Namun begitu, mesej filem ini tetap sampai menceritakan bagaimana perjuangan polis menjadi hero yang dikenang bagi memastikan keamanan sejagat.

Rating: 3 Getar

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN