web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fedtri Yahya Selami Isi Hati Mangsa Pelbagai Kes Dalam ‘Aduan Jiwa’

‘Aduan Jiwa’ kendalian Ahmad Fedtri Yahya bakal membawa anda menyelami isi hati mangsa-mangsa dari pelbagai kes yang berbeza termasuklah ketagihan pornografi, kemurungan dan jenayah seksual.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terbaharu di TV9, program bual bicara 'Aduan Jiwa' yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam selama 10 episod. 

Program bual bicara ini merupakan idea asal dan konsep oleh Ahmad Fedtri Yahya. 'Aduan Jiwa' memaparkan kisah-kisah benar yang akan diceritakan sendiri oleh mangsa trauma dalam kes-kes tertentu. 

Ahmad Fedtri Yahya. Gambar Fail
Ahmad Fedtri Yahya. Gambar Fail

Fedtri akan menyelami isi hati mangsa secara terus dan mendalam.

Lakonan semula akan dipaparkan semasa penceritaan. Panel jemputan juga akan ditampilkan bagi setiap episod untuk memberi pandangan dan juga cadangan untuk mengatasi masalah buat para mangsa.

Antara topik dan kes yang akan dikupas adalah kemurungan dan kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual.

Episod pertama yang akan bersiaran pada 2 Januari 2022 memaparkan topik ketagihan pornografi. Perkongsian dari seorang remaja yang ketagihan pornografi pada usia seawal 8 tahun.

Obsesi terhadap dunia porno menjadikan remaja ini menemui jalan buntu dalam usaha untuk mengubah. Kecanduan kepada bahan terlarang sukar ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan jiwanya. 

Episod seterusnya menampilkan dua kisah berbeza yang dibelenggu oleh perasaan rindu yang menebal.

Kisah pertama merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan arwah ayahnya sehingga pemergian insan tercinta itu meninggalkan perasaan terkilan lantaran dia tidak berkesempatan untuk berjumpa di kali terakhir.

Kisah kedua pula menceritakan keadaan seorang ibu dihukum perasaan pilu dan rindu selepas anak kecilnya hilang dari rumah dan masih tidak dapat dijejaki hingga kini.

Dua dimensi rindu yang berbeza ini membawa kesengsaraan jiwa yang besar kepada kedua-dua mangsa ini. 

 

❗️AKAN DATANG!❗️ Sebuah program bual bicara baharu yang akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya, program baharu, Aduan Jiwa, akan menelusuri kisah-kisah benar mangsa trauma dan mereka yang cuba keluar dari sisi gelap kehidupan. Derita kemurungan, konflik rumah tangga, masalah akhlak sehinggalah kepada jenayah seksual. Bersama, Fedtri Yahya dalam menyelami isi hati mangsa secara tuntas dan mendalam. ▶️ Saksikan Aduan Jiwa, setiap Ahad, 8:30 malam, hanya di TV9! #AduanJiwa

Posted by TV9 Di Hatiku on Saturday, December 18, 2021

Artis tanah air popular iaitu Jaafar Onn turut berkongsi kisah hidupnya yang pernah merana kerana dendam dan dengki oleh orang rapat dengannya sehingga kesihatan terjejas teruk.

Ikuti perkongsian kisah beliau dalam episod ketiga yang membawakan topik ‘bahana sihir’. 

‘Muflis dan sifilis’ yang dipaparkan dalam episod keempat pula akan berkongsi kesengsaraan hidup seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya. Selama lapan tahun berkahwin, bekas suaminya jarang mendekatinya dan memberi nafkah batin.

Akhirnya, rahsia terbongkar apabila bekas suaminya ialah seorang homoseksual yang aktif ditiduri teman sejenis sehingga dijangkiti penyakit kelamin sehingga merosakkan organ dalamannya.

Wanita ini juga difitnah dan dimanipulasi oleh bekas suaminya yang bijak mengatur langkah untuk menutup kejahatannya. 

Apakah topik-topik dan kes-kes lain yang bakal dipersembahkan dalam 'Aduan Jiwa?'

Saksikan paparan menarik dalam program bual bicara baharu TV9, 'Aduan Jiwa' mulai 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. - Getaran, 31 Disember 2021

Gambar : Media Prima

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Menurun Setakat Jam 8 Malam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Kelantan, Selangor Menurun, Terengganu Dan Perak Kekal

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN