Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Filem-Filem Tempatan Yang Wajib Ditonton!

Sama ada di pawagam, Astro First mahu pun di platform penstriman, ada beberapa filem tempatan yang wajib ditonton sepanjang tahun ini berdasarkan beberapa aspek.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 5:03PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 yang masih tiada kesudahan sedikit-sebanyak telah mengubah landskap industri perfileman tanah air terutama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebanyak dua kali pada tahun ini. 

Penutupan sementara pawagam sepanjang tempoh PKP tersebut mengakibatkan ramai produser filem tempatan yang terpaksa mencari alternatif lain untuk menayangkan filem-filem terbitan mereka di pawagam TV, Astro First dan platform perkhidmatan penstriman video OTT seperti Netflix dan MUBI. 

Namun, sejak awal November lalu, pawagam-pawagam sudah mula beroperasi sepenuhnya dan ada beberpa filem tempatan yang sudah mula ditayangkan di premis ini.

Sama ada di pawagam, Astro First mahu pun di platform penstriman, ada beberapa filem tempatan yang wajib ditonton sepanjang tahun ini berdasarkan beberapa aspek.  

Apa yang menarik, tahun ini juga turut menyaksikan kebangkitan ramai pengarah muda dengan karya-karya bebas yang memberikan impak. 

Ikuti Sorotan Getaran 2021 selanjutnya. 

 

Prebet Sapu 

Belum pun ditayangkan di pawagam tempatan, filem Prebet Sapu arahan pertama Muzz Amer ini telah pun banyak diperkatakan dalam kalangan warga dan peminat filem apabila ia banyak diundang untuk menyertai pelbagai festival filem antarabangsa .

Malah, filem bebas yang menggunakan judul dalam bahasa Inggeris, Hail, Driver ini telah ditayangkan untuk penonton tempatan mulai 16 Disember lalu.

Selain itu, filem ini juga telah dipilih FINAS untuk mewakili Malaysia di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. 

Menarik tentang Prebet Sapu, ia sebuah filem hitam putih yang memberikan tumpuan tentang realiti kehidupan sebenar di bandar raya Kuala Lumpur dan cuba mengangkat isu permasalahan tentang imigran, kos sara hidup yang tinggi serta tempat tinggal yang sewanya mahal, akan tetapi di ibu kota inilah semua orang datang dari seluruh pelosok negeri untuk mencari rezeki.

Filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn. Bhd. dan Konda Kondi Studio ini dibintangi Amirul Affendi, Mei Fen Lim serta turut menampilkan Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron dan Nadiya Nisaa.

 

Paramapatham 

Filem Tamil tempatan, Paramapatham ini mencuri perhatian kerana kualiti pembikinannya, sehingga ia berjaya meriah 18 anugerah antarabangsa. 

Antara trofi yang diungguli Paramapatham adalah bagi kategori Sinematografi Terbaik di Festival Filem Norwegian, Filem Cereka Terbaik (Festival Filem Tagore) dan Penerbit Terbaik (Festival Filem Coimbatore).

Filem arahan Thanesh Perrabu dan Perrabu Viknesh ini mengisahkan seorang ahli arkeologi bernama Aroon dan tiga rakannya menemui sebuah permainan papan yang tertulis perkataan 'Paramapatham' yang mana ia sebenarnya adalah permainan klasik dari India yang berusia berabad lamanya.

Bagi memastikan kesahihan fakta mengenai permainan ini, pasukan produksi mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan kajian.

Filem ini dibintangi sendiri Thanesh Perrabu, Viknes Perrabu, K. S Maniam, Dr. Ganteeben, Aghonderan Sahadevan dan Singai Jegan. 

 

18 Puasa Di Kampong Pisang

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang terbitan Astro Shaw dan Enjit-Enjit Semut Motion Pictures ini adalah antara karya filem terakhir Mamat Khalid sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Oktober lalu. 

Ditayangkan di Astro First, Mamat sekali lagi berjaya mencetuskan magis di dalam filem ini dengan menyuntik kritikan sosial yang padat dan sarat tetapi penuh komedi. Tidak hairanlah mengapa ia berjaya mencecah kutipan RM4 juta selepas 18 hari ditayangkan di platform tersebut. 

18 Puasa di Kampong Pisang adalah gabungan francais filem Kampong Pisang serta siri-siri TV, 'Kampong Pisang Bersiri-siri'  '16 Puasa' dan '17 Puasa'. 

Ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan terutama sekali Barkoba. Filem ini dibintangi Bell Ngasri, Kazar Saisi, Mat London, Aziz M. Osman, Siti Elizad, Dewa Sapri dan Joey Daud. 

 

Sa Balik Baju 

Jarang kita mempunyai filem yang mengangkat isu tentang wanita. Sa Balik Baju adalah sebuah filem bergenre drama yang mempunyai enam cerita tentang kehidupan enam wanita yang menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet. 

Enam cerita yang dipersembahkan dalam filem ini adalah Hak Peribody, Love Clicks, Bukan Salah Ibu Mengandung, Dalam Kain, Angkat Kaki dan Aset.

Setiap cerita ini cuba membongkar dilema wanita dan mempersoalkan ketidakadilan yang dihadapi sesetengah ahli masyarakat kerana mereka lahir sebagai wanita. 

Diarahkan Junad M. Nor, Sarah Lois, Umie Omar dan Afiza Asram, filem terbitan Red Communications yang ditayangkan di Netflix ini turut dibintangi ramai pelakon yang hebat. Antaranya adalah Nadiya Nisaa, Elena Laurel Moujing, Che Puan Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah dan Kaka Azraff. 

Bagi anda yang dahagakan karya yang berlainan dan mengangkat isu wanita seperti ini, Sa Balik Baju sememangnya wajar sekali untuk ditonton. 

 

Mentega Terbang 

Filem bebas pertama arahan Khairi Anwar ini mengetengahkan subjek yang cukup berani tentang kebenaran agama yang bermain di benak seorang gadis muda sehingga ia turut mendapat respons yang hebat di negara jiran tetangga, Indonesia. 

Namun, ia dipersembahkan dengan cukup menarik apabila ia turut membahaskan mengenai isu kehidupan selepas mati, syurga dan negara serta kebenaran hakiki menerusi perbandingan agama yang wujud di negara ini. 

Bagaimanapun filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment yang sudah menerima undangan untuk menyertai festival filem luar ini pasti tidak akan mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk ditayangkan di pawagam tempatan. 

Mentega Terbang yang merupakan perkataan yang dialih secara terus daripada bahasa Inggeris, 'butterfly' dibintangi Syuma Salihin, Nik Waheeda, Firdaus Karim, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jesebel Lee. 

 

Barbarian Invasion 

Barbarian Invasion adalah sebuah filem art yang mengangkat isu mengenai persoalan diri sendiri tetapi digarap dengan menarik menggunakan metafora tentang prinsip yang terkandung dalam seni mempertahankan diri, kung fu. 

Diarahkan Tan Chui Mui, filem terbitan Da Huang Pictures ini berjaya meraih anugerah Juri Grand Prix di Golden Goblet Awards, yang merupakan sebahagian Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-24 (SIFF). 

Ia berkisar mengenai Moon Lee, seorang pelakon wanita senior yang telah menjadi ibu sepenuh masa dan sudah bercerai setelah bersara.

Bergelut untuk mendapatkan kembali rasa percaya pada dirinya, dia membuat keputusan untuk bekerja semula dengan pengarah, Roger Woo.

Filem yang menggunakan bahasa Mandarin, Kantonis dan Melayu ini yang dibintangi Tan Mui Chui sendiri bersama Pete Teo dan Bront Palarae ini juga mempunyai plot twist menarik apabila terdapat cerita di dalam sebuah cerita. 

 

Mencari Rahmat 

Filem bebas pertama arahan Al Jafree Md Yusop ini sudah tiga kali ditunda tayangannya. Akhirnya pihak produsernya mengambil keputusan untuk menayangkannya menerusi platform MUBI. 

Diinspirasikan daripada karya Oscar Wilde, The Importance Of Being Earnest, filem Mencari Rahmat terbitan AB Roll Sdn. Bhd. ini menggabungkan ramai pelakon hebat tanah air seperti Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Fuzi Eric.

Mencari Rahmat mengisahkan tentang dua sahabat bujang, Razak dan Azman yang menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian daripada Roselina serta Ratna.

Namun, pada masa sama mereka perlu mendepani tipu muslihat yang mereka cipta dan amarah Datin Azizah.

Filem ini penuh dengan kritikan sosial tentang keadaan diri manusia sebenarnya tak pernah bebas dan sentiasa dibelenggu dengan persepsi masyarakat. 

 

Kampung Latah Kena Kuarantin 

Judulnya sahaja sudah cukup mencuit hati. Itu belum lagi dikira lagi dengan penglibatan beberapa pelakonnya yang memang terkenal dengan latah mereka secara realiti. 

Apabila Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah disatukan dalam filem arahan Azizi Chunk Adnan ini, ia mencetuskan komedi yang menghiburkan buat penonton. 

Kampung Latah Kena Kuarantin mengisahkan tentang sebuah perkampungan yang unik iaitu Kampung Latah Permai yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia ini yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. 

Namun, ketenteraman Kampung Latah Permai tergugat apabila ia tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes berbahaya seperti melatah sehingga koma, meninggal dunia serta terbunuh rakan atau pasangan. 

 

Taruh 

Pada saat filem pendek 'Taruh' arahan Ayez Shaukat Fonseka ini mula ditayangkan di Facebook Cineplus Asia pada 28 Oktober lalu, ia telah mendapat respons yang berbeza.

Ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mengecam filem ini kerana dikatakan cuba meniru 'Squid Games'. 

Namun, apa yang gagal difahami mereka adalah 'Taruh' sekadar mengambil inspirasi daripada drama bersiri Korea yang telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu dengan menggunakan konsep filem pendek fan-made

Taruh terbitan Cineplus Asia iaitu sebuah perkhidmatan penstriman video OTT terbaharu ini mengetengahkan permainan-permainan tradisional Malaysia dengan menyelitkan senario tentang sosio ekonomi dan politik semasa dan peserta-peserta perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk meneruskan hidup. 

Bahkan, ia turut dibintangi pelakon daripada pelbagai latar kerjaya. Antaranya adalah Intan Ladyana, bintang APAC Wrestling seperti Noor 'Phoenix' Diana dan Azwan Serigala serta Dr. Maszlee Malik. - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

2

TARA 9 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

4

TARA 11 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 4 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran