web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Oh My Hantaran’ Gandingkan Elisya Sandha Bersama Noki Dan MK

Drama terbaharu di slot Diandra TV9 iaitu 'Oh My Hantaran' menggandingkan tiga pelakon muda iaitu Elisya Sandha, Noki dan MK K-Clique.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi drama menarik bakal menemui penonton TV9 menerusi slot Diandra, iaitu drama bersiri ‘Oh My Hantaran’ akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 29 Disember 2021. 

Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film, diarahkan oleh Shuhaimi Lua, nukilan skrip oleh MF Kencana dan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Noki K-Clique, Elisya Sandha, MK K-Clique dan ramai lagi. 

'Oh My Hantaran' mengisahkan Mira (Elisya Sandha), gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua.

Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Mail seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah. 

Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya.

Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua. 

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira.

Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun. 

Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh dia berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur.

Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang. Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu.

Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. 

Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira?

Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira? 

Menurut Shuhaimi Lua, drama komedi ini bukanlah komedi biasa. Tetapi sebuah naskah komedi berat di mana ia mengetengahkan isu pernikahan. 

Ditanya adakah pemilihan Noki dan MK adalah sebagai pelaris untuk mengejar rating, Shuhaimi tidak menafikan akan hakikat itu.

“Memang benar, mereka berdua mempunyai peminat yang ramai. Bagi saya penyanyi boleh berlakon kerana mereka sudah tidak ada perasaan malu lagi kerana sudah terbiasa menyanyi di hadapan orang ramai.

“Setiap karya perlu ada nilai komersial dan mereka berdua jika digilap pasti boleh pergi lebih jauh sebagai pelakon,” katanya.

Sementara itu Elisya yang membawakan watak utama berkongsi pengalamannya berlakon bersama Noki yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat pemalu.

“Waktu awal penggambaran, kami terpaksa ulang babak banyak kali. Dari situ saya sedar yang Noki masih belum selesa bersama saya. Saya bagi tenaga yang terlalu tinggi.

“Lama kelamaan kami cuba berbual dan beramah mesra dan akhirnya dia menjadi lebih selesa,” ujarnya. - Getaran, 30 Disember 2021.

Gambar : Media Prima

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Real Comeback Is Possible’ - MK K-Clique Bangga Dengan Pencapaian Pelajar SPM 2022

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Orang Hanya Dengan Sekali Lafaz

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN