web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


iQiyi Bakal Tampilkan Lima Program Original Malaysia

Rakyat Malaysia meluangkan masa purata 80 minit setiap hari di platform iQiyi dan trend ini dipercayai akan terus meningkat dengan lebih banyak penggunaan televisyen pintar dan peranti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:15PM

Antara siri yang kini ditayangkan di iQiyi Malaysia

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jumlah pelanggan bulanan iQiyi di Asia Tenggara telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya. 

Kejayaan cemerlang iQiyi sebagai peneraju khidmat penstriman video atas permintaan Asia ni telah didorong oleh kandungan-kandungan premium dari Korea Selatan, China, Malaysia dan Thailand. 

Produksi Korea iQiyi yang pertama, ‘My Roommate is a Gumiho’, telah mendapat tempat sebagai Siri Original Tontonan Tertinggi, dengan melebihi 100 juta tontonan di serata dunia.

Tontonan kandungan dari China pula meningkat sehingga empat kali ganda berbanding dengan tahun 2020. Sebahagian besar peningkatan ini adalah disebabkan oleh kejayaan francais ‘Sweet On’, yang telah mendapat 180 juta tontonan. 

Setakat 31 Oktober, aplikasi iQiyi versi antarabangsa telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali di serata dunia, menjadikannya aplikasi khidmat penstriman yang tertinggi dimuat turun di Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Atas dasar itu, platform ini juga turut mengumumkan enam produksi Asia yang pertamanya termasuk lima program iQiyi original baharu Malaysia dan sebuah lagi program iQiyi Thai, yang mana kesemuanya bakal tersedia untuk para pelanggan di lebih 191 wilayah di serata dunia menjelang 2022.

Naib Presiden Antarabangsa iQiyi, Kuek Yu-Chuang berkata, sebagai penyokong terbesar hiburan Asia, iQiyi akan meneruskan peranannya untuk mengangkat ekosistem hiburan Asia ke tahap yang lebih tinggi.

“Untuk memenuhi permintaan yang semakin popular di rantau ini, kami merasa bangga untuk memberikan komitmen kami dan melabur dalam pelbagai kandungan ‘originals’ dari Asia untuk tahun hadapan; selain daripada produksi-produksi ‘original’ dari Korea Selatan dan Filipina yang telah diumumkan. 

“Kami berharap agar enam siri asli dari Malaysia dan Thailand ini akan menempa nama dan menjadi kegemaran di pasaran antarabangsa pada tahun 2022. Kami merasa begitu teruja dengan pencapaian kami tahun ini, yang telah membuktikan bahawa kini terdapat lebih ramai penonton kandungan bukan berbahasa Inggeris,” katanya. 

Kelima-lima program iQiyi original baharu Malaysia itu adalah 'My Ofis' terbitan Longhouse Films, 'Rampas Cintaku' (MIG Production), 'Sori Naik Lori' (TSAR Asia Sdn Bhd), 'Love You Later' (Juita Viden Sdn Bhd) dan 'Restu' (Infinitus Entertainment) serta 'KinnPorsche: The Series' terbitan (Be On Cloud) dari Thai. 

Menurut tinjauan yang dilakukan pelanggan tempatan iQiyi baru-baru ini, rakyat Malaysia meluangkan masa purata 80 minit setiap hari di platformnya dan trend ini dipercayai akan terus meningkat dengan lebih banyak penggunaan televisyen pintar dan peranti-peranti. 

Data juga menunjukkan bahawa dalam tahun 2021, masa yang diluangkan oleh rakyat Malaysia untuk menonton kandungan Malaysia dalam aplikasi tersebut akan meningkat sebanyak dua kali ganda.

Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQiyi juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan bulanan yang aktif dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

iQiyi juga merupakan platform penstriman ‘freemium’ yang mendapat carian tertinggi di Google tahun ini.

iQiyi juga merupakan aplikasi penstriman yang mendapat muat turun yang tertinggi di Thailand dengan capaian lebih 12 juta muat turun tahun ini. 

Secara purata, masa yang diluangkan pengguna Thai untuk menonton program-program di platform ini telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya. 

Pengguna juga turut menyatakan bahawa kecenderungan mereka untuk menonton kandungan Thai di platform ini  adalah 20 kali ganda pada tahun ini. - Getaran, 28 Disember 2021

Gambar: Ihsan iQiYi

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Rancangan ‘Food Hunting’ Satukan Cef, Selebriti Tempatan Dan Blogger, Rentasi Seluruh Malaysia Cari Restoran 5-Bintang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan 'Ketidakaturan Prosedur' Ujian Daihatsu

3

TARA 3 tahun yang lalu

Pepsi Perkenal Identiti Visual Baharu Serta Kemas Kini Logo Bulatan Dunia Selepas 14 tahun

4

TARA 3 tahun yang lalu

Toyota Vios Serba Baharu Lebih ‘Sporty’ Dan Garang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN