Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Viu, Platform OTT Berbayar Nombor 1 Di Malaysia

Viu Malaysia turut mengekalkan kedudukan yang sama bagi jumlah keseluruhan Purata Pengguna Bulanan (MAU) dalam kalangan OTT premium percuma di negara ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 2:13PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau, Viu, terus berada di kedudukan pertama dari segi bilangan Purata Pengguna Bulanan (MAU) di Asia Tenggara serta berada di tangga kedua daripada segi pelanggan berbayar dan minit penstriman dalam kalangan platform video utama pada suku ketiga (Q3) 2021.

Namun, Viu Malaysia mencatat pencapaian tertinggi apabila meraih kedudukan pertama daripada segi jumlah keseluruhan pelanggan berbayar dalam kalangan semua pemain OTT.

Bahkan, ia turut mengekalkan kedudukan yang sama bagi jumlah keseluruhan MAU dalam kalangan OTT premium percuma di negara ini.

Pencapaian yang dilakar Viu yang diterajui PCCW Media Group ini diperolehi hasil daripada kajian terbaharu Media Partners Asia (MPA)’s AMPD Online Video Consumer Insights Q3 2021, yang diterbitkan pada November 2021.

Judul-judul Viu Original baharu dan eksklusif dari drama Korea, Indonesia, Filipina dan Thai serta anime Jepun telah menyebabkan penonton Viu melekat di skrin dan terhibur sehingga penamat tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Viu, Janice Lee yang juga Pengarah Urusan Kumpulan PCCW berkata, "Keputusan Q3 dari laporan AMPD Research jelas menunjukkan prestasi konsisten kami di pasaran, dengan Viu berada di kedudukan nombor satu bagi lapan suku tahunan berturut-turut sehingga kini dari segi MAU. 

"Kami terus meluaskan set kandungan kami menerusi maklum balas yang kami terima di atas talian. Selain mengukuhkan komitmen kami kepada pasaran tempatan dengan membawa kandungan terbaik Asia dan tempatan, kami juga berusaha meluaskan penawaran Viu Original dan banyak lagi dengan penawaran kandungan eksklusif yang akan dilancarkan pada tahun 2022," katanya. 

Prestasi teguh siri Viu Original, 'Now, We’re Breaking Up' yang dibintangi pelakon A-list Korea Selatan, Song Hye-Kyo, telah menyaksikan siri tersebut menjadi siri paling tinggi ditonton dalam empat minggu pertama tayangannya di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Hong Kong.

Seiring dengan penekanan fokus terhadap siri Viu Original, dua muzikal baharu telah dilancarkan November lalu di Indonesia dan Filipina.

'Write Me a Love Song' adalah siri komedi romantik dibintangi penyanyi terkenal Indonesia Bio-One, Marsha Aruan dan Dinda Kirana.

Ia diarahkan Emil Heradi iaitu pengarah filem yang pernah memenangi anugerah di negaranya dan mengarahkan produksi original Viu paling berjaya, 'Pretty Little Liars'.

Drama muzikal asli Filipina pertama Viu iaitu 'Still' pula tertumpu kepada hubungan bertenaga dan memilukan dalam kalangan artis yang baharu, yang terperangkap di dalam sekatan pergerakan semasa berada di kem muzik. 

Diarahkan Pat Valera iaitu pemenang dua kali Anugerah Palanca (anugerah kesenian tertinggi Filipina) yang juga pengarah-penulis skrip muzikal Filipina yang popular, 'Mula Sa Buwan' dan 'Dekada ‘70', 'Still' menampilkan bakat berkelas dunia Filipina dari muzik pop dan teater seperti Julie Anne San Jose dan Christian Bautista. 

Drama yang dinanti-nantikan, 'One Ordinary Day' dilancarkan pada November dan menyertai barisan drama Korea berkualiti pada platform ini.

Ia menampilkan aktor-aktor terkemuka Korea Selatan, termasuk Kim Soo-Hyun, yang kali terakhir membintangi K-drama popular 'It’s Okay to Not Be Okay' bersama aktor veteran, Cha Seung-won dan aktres 'Less Than Evil' Lee Seol.

Viu bakal menamatkan tahun ini dengan beberapa kandungan eksklusif, seperti drama eksklusif Korea, 'Moonshine'.

Bibit-bibit cinta pasti tercetus antara dua peneraju drama ini yang dilakonkan aktor popular Yoo Seung-ho ('Memorist') bersama K-idol yang kini bergelar aktres, Hyeri, yang cukup diingati dengan wataknya dalam 'Reply 1988' dan 'My Roommate is a Gumiho'. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'