web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beza 0.1 Punca Upiak Tersingkir Dari Pentas GV 8

Hanya 0.1 markah di bawah Bandi Amuk menyebabkan peserta dari Indonesia iaitu Upiak Isil tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim kelapan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 3:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Gegar Vaganza musim kelapan minggu keenam yang berlangsung malam Ahad lalu menyaksikan peserta dari Indonesia, iaitu Upiak Isil menjadi peserta ketiga yang tersingkir.

Upiak terpaksa akur dengan jurang markah yang sangat tipis iaitu sebanyak 0.1 markah di bawah Bandi Amuk.

Pada konsert minggu keenam itu, setiap peserta perlu membuat persembahan duet bersama penyanyi jemputan dan Upiak bergandingan bersama Usop menyanyikan lagu 'Sembunyi' nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy. 

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, kekurangan persembahan Upiak pada malam itu adalah disebabkan pasangan duetnya kurang 'memberi'.

“Ia seolah-oleh dia menyanyi berseorangan di atas pentas itu. Mungkin pasangan duetnya sedikit kekok dari segi nada. Keserasian mereka juga tak sampai,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Sementara itu Upiak berkata dia sudah mempersiapkan diri untuk apa jua kebarangkalian yang terjadi sepanjang berada dalam pertandingan ini termasuklah menerima kekalahan.

“Dari minggu lepas lagi saya sudah bersedia. Saya ada menghubungi ibu saya, ibu saya beritahu jika saya tersingkir, tak usah bersedih kerana pertandingan ada kalah dan menang. 

Untuk sampai ke minggu keenam ini pun saya sudah bersyukur kerana saya merupakan penyanyi komedi bukan penyanyi serius,” ujarnya.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, kata Upiak dia akan kembali ke Indonesia untuk melunaskan beberapa projek yang masih tertunda termasuklah menghasilkan lagu baru dan filem. 

“Dalam setahun saya ada tiga buah filem untuk ditayangkan. Selain itu projek saya untuk menghasilkan penyanyi-penyanyi baharu turut terhenti. Selama sebulan kita perkenalkan tiga penyanyi baharu yang menyanyikan lagu-lagu yang saya cipta sendiri,” kongsinya mengenai rancangan kerja di Indonesia. 

Upiak turut mengakui bahawa dia akan merindui teman-teman seperjuangannya di Gegar Vaganza terutamanya Bandi Amuk dan Suki kerana dia sangat rapat dengan mereka berdua. 

Pada malam konsert minggu keenam itu, Suki muncul sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi (83.70), diikuti oleh Aliff Aziz (76.20), Adibah Noor (71.90), Aweera (68.90), Shidee (64.00), Nikki Palikat (62.50), Ani Maiyuni (61.80), Sa.Ya (60.90), Bandi Amuk (56.40) dan Upiak (56.30). - Getaran, 27 Disember 2021

Gambar : Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

3

Muzik 2 tahun yang lalu

“Dia Sepatutnya Menyanyi Lagu Britney Spears, Bukan Christina Aguilera” – Juri Singkirkan Peserta Dari Singapura, Farhan Shah

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN