web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Spider-Man: No Way Home' Filem Pertama Dunia Catat Kutipan Melebihi US$1 Bilion Ketika Pandemik

Filem adiwira itu menduduki tangga teratas 'box office' Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 1:25PM

Gambar: Cnet.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Spider-Man: No Way Home muncul filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi US$1 bilion ketika pandemik COVID-19 melanda, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan angka studio dikeluarkan firma tinjauan Comscore pada Ahad.

Filem adiwira terbitan Columbia Pictures dan Marvel Studios serta diedarkan Sony Pictures Releasing itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai US$81.5 juta dan Amerika Utara menyumbang US$467.33 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah US$1.05 bilion hingga Ahad.

Ia merupakan filem terlaris pada 2021, mengatasi epik perang China The Battle at Lake Changjin, yang telah mengaut lebih US$902 juta setakat ini.

Diadaptasi menerusi watak komik Marvel Spider-Man, filem terbaharu Marvel Cinematic Universe itu merupakan sekuel kepada Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home.

Filem arahan Jon Watts, Spider-Man: No Way Home merupakan filem ketiga Tom Holland memegang watak Spider-Man.

Filem ini turut dibintangi pelakon Zendaya, Benedict Cumberbatch, Jacob Batalon, Jon Favreau dan Marisa Tomei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN