Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Mentega Terbang' Filem Yang Penuh Keberanian

Menonton 'Mentega Terbang' seolah-olah membawa kita kembali ke proses awal ketika kita cuba mengenal hidup, mengenal Tuhan, mengukuhkan iman dan cuba memahami kebenaran agama itu sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 3:58PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah terdetik di hati kita sebelum ini tentang kebenaran agama yang kita anuti sewaktu kita masih lagi muda dan di alam remaja? 

Pernahkah juga kita tertanya, bagaimanakah kehidupan selepas mati dan apakah benar wujud syurga dan neraka sekalipun kita dilahirkan sebagai seorang Islam telah dididik dengan ilmu tauhid, fiqah dan akhlak? 

Inilah antara persoalan yang cuba diangkat dalam filem bebas tempatan, Mentega Terbang arahan pertama Khairi Anwar yang kini ditayangkan secara tertutup di beberapa lokasi terpilih di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. 

Lalu, menonton Mentega Terbang seolah-olah membawa kita kembali kepada proses awal sewaktu kita cuba mengenal hidup, mengenal Tuhan, mengukuhkan iman dan cuba memahami kebenaran agama itu sendiri.

Buat sejenak juga, segala persoalan-persoalan ‘berani mati’ yang cuba diketengahkan Khairi membuatkan kira berasa longlai dan termangu. 

Khairi seolah-olah seperti dapat memutar semula masa lalu segelintir manusia yang pernah berdepan dengan dilema seperti ini dan mengetengahkannya tanpa rasa prejudis. 

Ada masa-masanya, apa yang diketengahkan Khairi itu membuatkan kita berasa tidak selesa kerana ia disampaikan dengan penuh daring dan berani. 

Tetapi, kebenaran itu sendiri sememangnya adalah suatu perkara yang pahit untuk diterima dan dalam keadaan terpaksa yang rela, kita yang menonton hanya menerimanya dengan hati dan minda penuh terbuka.

Mentega Terbang yang juga adalah terjemahan langsung daripada perkataan 'butterfly' ini juga turut menyaksikan perbincangan tentang perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain tentang isu kehidupan selepas mati serta syurga dan neraka. 

Aisyah bersama ibu dan bapanya sering membincangkan tentang hal-hal ini sewaktu mereka sedang menikmati makan malam. 

Menyedari ibunya akan pergi meninggalkannya di dunia yang fana akibat penyakit barah, Aisyah yang cukup mencintai agama cuba mencari solusi agar ibunya terus kekal berada di sisinya, sekalipun dia sudah tiada nanti. 

Hasil daripada kajian tentang agama, dia menemui konsep kelahiran semula atau reincarnation dalam agama Hindu dan Buddha serta agama pagan. 

Agak lucu juga, apabila Aisyah cuba mencetuskan idea kepada ibunya agar bertukar agama supaya di dapat dilahirkan semula di dunia ini supaya dia tidak perlu ke alam lain. 

Ibunya, Jamhariah pula hanya melayan sahaja kerenah Aisyah. Apabila ditanya ibunya mahu menjadi apa jika dia dilahirkan semula, Jamhariah secara berseloroh memberitahu, rama-rama. 

Jadi, jika ramai yang tertanya apakah cetusan idea di sebalik tajuk filem ini, ia adalah kerana jawapan Jamhariah tersebut. 

Bagi segelintir orang, babak ini mungkin disifatkan agak keterlaluan. Tapi, andai kita menontonnya dengan minda yang terbuka, ia sebenarnya mampu mengukuhkan lagi iman terhadap agama yang kita anuti sejak lahiriah ini.

Terutama apabila Jamhariah menekankan kepada Aisyah bahawa Islam adalah agama pilihannya kerana itu adalah iman dan kepercayaan yang dipegangnya. 

Andai pelakon yang lebih berwibawa membawakan watak Jamhariah, pasti lakonan ibu kepada Aisyah ini akan lebih hidup dan menjadi. 

Namun, Syuma Salihin yang membawakan watak Aisyah sememangnya memberikan lakonan yang cukup berkesan sekali dan gandingannya dengan Arjun Thanaraju (Suresh) yang menjadi kawan sekolahnya, memang cukup menarik dan serasi. 

Garapan filem ini, skrip, dialog serta kerja-kerja kamera boleh diperkemaskan lagi. Apapun, menonton Mentega Terbang ibarat seperti menonton filem Rabun, Sepet dan Mualaf daripada Yasmin Ahmad. 

Pengaruh colour sphere dan hasil kerja teknikal Yasmin turut terkesan di dalam filem ini tetapi sebagai pengarah filem baharu, Khairi masih mempunyai perjalanan yang jauh untuk mencipta signature arahannya sendiri suatu hari nanti. 

Mentega Terbang terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment ditulis Khairi Anwar bersama Arjun Thanaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui.  

Ia membicarakan beberapa persoalan seperti apakah wujud kehidupan selepas mati? Syurga, neraka dan kebenaran hakiki, antara persoalan yang terngiang-ngiang di minda Aisyah. 

Dia merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku selepas kematian. 

Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bapa berjiwa liberal (akal dan gaya pemikiran), adakah Aisyah dapat mencari jawapan untuk apa yang dia cari? 

Filem ini dibintangi Syuma Salihin sebagai Aisyah, Nik Waheeda (Mama/Jamhariah), Firdaus Karim (Abah/Jailani), Arjun Thanaraju (Suresh), Khairunazwan Rodzy (Uncle Kasim) Shyamala Kandapper (Auntie Esther) dan Jesebel Lee (Sue Fen). - Getaran, 16 Disember 2021

Rating: 3 Getar

Gambar: Pihak produksi Mentega Terbang

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 4 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 29 minit yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran