Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Tiada Pelakon Kanak-Kanak, Penerbit Mohon Kerajaan Beri Kelonggaran

Penerbit terkilan apabila terdapat beberapa babak tidak dapat dilakukan kerana pelakon kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai penggambaran.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:33PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun kerajaan telah membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan, penggiat seni harus akur dengan syarat yang diletakkan iaitu hanya individu lengkap dua dos sahaja boleh berada di lokasi penggambaran.

Memandangkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun belum boleh divaksin, ia menimbulkan kegusaran kepada penerbit dan pengarah yang terpaksa menukar semua skrip yang melibatkan pelakon kanak-kanak dalam drama mereka. 

Dilema itu disuarakan Siti Rosmizah yang terpaksa menukar skrip drama miliknya memandangkan kanak-kanak tidak dibenarkan menjalani penggambaran.

Siti Rosmizah
Siti Rosmizah

“Saya tiada masalah untuk mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan. Cuma, apabila pihak FINAS tidak membenarkan kanak-kanak masuk set, maka itu menjadi masalah.

"Dalam drama '7 Hari Mencintaiku' musim ketiga sepatutnya ada watak kanak-kanak iaitu Alisa. Tetapi jika kanak-kanak tidak dibenarkan berlakon kerana belum vaksin, bagaimana saya harus rombak skrip?

“Kanak-kanak ini bukannya tak mahu vaksin, tapi mereka masih di bawah umur dan tidak boleh divaksin. Baru-baru ini Yang Berhormat Khairy Jamaluddin ada beritahu akan datang kanak-kanak juga akan divaksin tetapi bergantung juga kepada ibu bapa mereka.

“Persoalannya, jika ibu bapa beri izin untuk mereka ambil vaksin, adakah pihak FINAS akan benarkan mereka berlakon?” katanya kepada Getaran semasa di temui di majlis sidang media drama 'Cukup Derita Itu' musim kedua.

Menurutnya lagi, terdapat juga beberapa rumah produksi yang melanggar SOP dengan membawa pelakon kanak-kanak ke set penggambaran mereka. Namun, rumah penerbitannya tetap mematuhi SOP yang digariskan. 

“Cuma, saya agak terkilan. Memandangkan kanak-kanak tidak boleh berlakon maka watak seorang ibu yang merintih anaknya sudah tiada menjadi sedikit pincang.

"Si ibu hanya berbicara dan merintih sambil pandang katil bayi. Tak ada bayi pun di dalam katil itu sebab tak dibenarkan berada di lokasi. Saya sedikit terkilan kerana bagi saya cerita itu tidak sempurna,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, penerbit SR One Sdn Bhd itu juga pernah menulis surat kepada FINAS untuk mempertimbangkan perkara itu namun permohonannya ditolak.

Ini bukan kali pertama Siti Rosmizah berdepan dengan cabaran menjalankan penggambaran drama sepanjang pandemik. Terdahulu, proses penggambaran untuk drama 'Cukup Derita Itu' juga terpaksa ditangguhkan berikutan salah seorang kru positif COVID-19.

Ia kemudian diikuti arahan kerajaan untuk membekukan sebaran aktiviti penggambaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 2.

Namun begitu, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menghasilkan drama berdurasi panjang. Terbaru, sambungan drama 'Cukup Derita Itu' musim kedua akan menemui penonton tidak lama lagi dengan jalan cerita lebih menarik. 

Drama ini mengisahkan Zarul yang sepatutnya menikahi Ellana telah berubah hati selepas terbabit dalam kemalangan. Zarul telah hilang ingatan sekali gus tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ellana.

Malahan, Zarul hanya sayangkan Ellani dan memutuskan untuk mengahwini Ellani. Lantaran itu, Ellana meninggalkan Zarul untuk menyambung pelajaran di luar negara. Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani. 

Karya terbaharu Siti Rosmizah ini ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula semalam (15 November). Ia juga boleh di tonton di platform penstriman iQiyi.

Drama ini juga membariskan ramai bintang handalan tanah air iaitu Jasmin Hamid, Didie Alias, Fahrin Ahmad, Farhan Asri, Lia Natalia, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Dian P. Ramlee dan Balkisyh Semundur Khan. - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Tiada Benda Lain Ke Nak Buat Main Tu, Tau Tak Bahaya

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Dengan 2 Kanak-Kanak Rempuh Gerai, Peniaga Melecur

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Kesian Pak Cik, Kan Dah Terlentang

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'