Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


“Maruah Kami Nak Campak Mana?” - Chiwan

Buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan Maharaja Lawak Mega, tiada ‘HA’ diberikan juri kepada peserta. Chiwan kesal dengan nasib kumpulan Taici yang dianggotainya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 9:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak pernah berlaku di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) apabila tiada ‘HA’ yang diberikan kepada peserta yang membuat persembahan sketsa. Namun, perkara itu terjadi kepada kumpulan Taici yang dianggotai Chiwan Chilok, Ilham Abata dan Tapai pada malam Jumaat lalu. 

Disebabkan tiada ‘HA’ yang diberikan oleh barisan juri yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, kumpulan Taici telah tersingkir dari meneruskan perjuangan di pentas MLM 2021.

Barisan juri MLM2021
Barisan juri MLM2021

Chiwan menerusi hantaran di akaun media sosialnya meluahkan rasa kesal dengan keputusan pihak juri kerana merasakan maruahnya sebagai pelawak telah tercalar.

“Pentas MLM adalah pentas keramat untuk semua pelawak tanah air. Di sinilah langkah kami bermula untuk mencari tapak dalam industri hiburan. Di sini rumah kami dan di sini jugalah kami mencari rezeki.

"Kami bukan badut yang berada di atas pentas untuk memperbodohkan diri sendiri. Dalam kami bertanding, pentas ini menjadi tempat kami menghiburkan anda semua. 

"Setiap minggu kami memerah otak mencari pengisian untuk dipersembahkan di atas pentas. Apabila persembahan itu menjadi, kami dipuji dan diangkat setinggi-tingginya tetapi apabila tak menjadi kami ibarat pesalah yg menanti hukuman untuk dihentam.

"Kalau ada kekurangan sila beritahu supaya boleh diperbaiki agar kami jadi lebih baik. Nilailah kami sebagai anak seni yang berkarya di atas pentas, bukannya menilai kami seperti orang yang tak ahu apa itu komedi,” tulisnya di kapsyen Instagram.

Katanya lagi, semua peserta yang menyertai MLM 2021 adalah yang terpilih, bukannya dipilih secara rawak. 

“Cukup-cukuplah memandang populariti. Kami sedar kami kalah dari segi populariti tetapi kami tahu apa itu komedi. 

"Jadilah adil dalam menilai. Buat pertama kali dalam sejarah tiada ‘HA’ dalam MLM. Maruah kami nak campak mana? Kami ibarat orang bodoh atas pentas tak buat apa-apa ke?" luahnya.

Tambah Chiwan lagi, Taici bukan mahu menyatakan layak mendapat 'HA' yang banyak tetapi sekurang-kurangnya pihak juri berikan 'HA' atas usaha yang telah merka berikan. 

“Persembahan kami tak hebat mana malam tadi, tetapi kami yakin dengar gelak tawa orang dalam studio. kami tahu anda semua juri, tetapi apabila datang berhiburlah menoton persembahan, bukan buat muka ketat. Kami tertanya-tanya persembahan kami untuk penonton atau untuk juri?” tulisnya. 

Sementara itu di bahagian komen, beberapa rakan selebriti menzahirkan rasa simpati akan nasib Taici. Bahkan, netizen berpendapat tidak sepatutnya kumpulan ini tersingkir kerana ada peserta yang lebih teruk tetapi masih bertahan untuk mara ke minggu berikutnya. - Getaran, 15 November 2021.

Foto: Instagram Chiwan, Ria X, Astro & AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Sharnaaz Sang Bara, Nobatkan Tiro Juara MLM 2021

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shahrol Shiro Persoal Kredibiliti Juri Maharaja Lawak Mega 2021

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

MLM 2021 Penuh Dengan Kelainan Dan Kejutan

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Filem & TV 20 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor