Berita Terkini

37 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jom Tonton Episod Akhir ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ Esok!

Tidak hanya mencecah tiga juta tontonan di kaca televisyen, karya ini turut menjadi drama paling banyak ditonton menerusi penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 2:41PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama sekual ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ terus mencatatkan rekod membanggakan apabila bukan sahaja meraih tiga juta tontonan malah menjadi drama paling banyak ditonton di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia sejak ia ditayangkan.

Drama yang dibintangi Redza Rosli dan Sharifah Rose itu bakal melabuhkan tirainya Sabtu (6 November) ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, ramai yang tertunggu-tunggu kesinambungan cerita ini untuk mengetahui apakah kesudahan kisah cinta Aralyn dan Hadif.

"Alhamdulillah apabila penggambaran dapat disambung, semuanya berjalan dengan lancar. Bonus bagi kami apabila ratings di TV3 mencecah lebih tiga juta pada episod keenam.

"Malah, kami sangat teruja apabila drama ini menjadi pilihan nombor satu penonton drama tempatan di platform penstriman popular Disney+ Hotstar Malaysia.

"Saya sendiri tidak sabar menunggu episod terakhir pada Sabtu ini," katanya.  

Sekuel ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ menyaksikan perubahan hubungan Arayln dan Hadif selepas berlakunya tragedi hampir dirogol. Rentetan daripada peristiwa itu, Aralyn mengalami trauma hingga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadif. 

Aralyn menganggap dirinya telah banyak menyusahkan Hadif dan tidak layak untuk bersama jejaka itu. Hidup Aralyn kembali ceria setelah berkenalan dengan Lara.

Malahan, dengan bantuan Lara, Aralyn juga dapat menerima semula Hadif. Keakraban Aralyn dan Lara menimbulkan kesangsian di hati Hadif.

Antara pelakon popular yang turut menjayakan drama ini ialah Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim dan Zarina Zainuddin. 

Jangan ketinggalan menonton episod akhir ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ pada Sabtu ini, jam 9 malam. Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh melayari dan menonton semula di penstriman Disney+ Hotstar Malaysia. - Getaran, 5 November 2021

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 11 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar