Berita Terkini

23 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perginya Mamat Khalid Ditangisi Ramai

Jenazah pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh di Ipoh, Perak kira-kira jam 2.46 petang tadi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 5:11PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awan yang teduh menyelubungi terik mentari tatkala jenazah pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh di Ipoh, Perak kira-kira jam 2.46 petang tadi.

Pengebumian itu telah dihadiri ramai ahli keluarga, saudara-mara, penggiat-penggiat industri kreatif perfileman termasuk selebriti-selebriti terkemuka seperti Datuk Awie, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa, Bront Palarae, Zul Ariffin, Khir Rahman, Namron, Pekin Ibrahim, Razaisyam Rashid, Zahiril Adzim, Raja Azmi, Avaa Vanja, Eddie CRK, aktivitis budaya Pyan Habib dan kartunis Soya.  

Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekurif Media Prima, Datuk Khairil Anwar Salleh, Naib Presiden Astro Saw & Nusantara, Raja Jastina Raja Aarshad dan Penerbit Eksekutif Infinitus Productions, Gayatri Su-Lin Pillai.

Rata-rata mereka mengakui terkejut apabila mendapat tahu tentang pemergian pengarah yang telah berjaya mencipta kutipan pecah panggung menerusi filem Hantu Kak Limah dan drama bersiri 'Kampung Pisang'.

Raja Azmi berkata, dia baru sahaja berhubungan dengan arwah Mamat Khalid untuk mengundang pengarah itu hadir sebagai panel undangan dalam program 'Rahsia Sutradara' anjuran Malaysia Cinematic Auteurs Guild (MCAG).

“Mamat terpaksa menolak undangan tersebut kerana dia sedang sibuk menyiapkan skrip 'Kampuang Pisang Berbuah Dua Kali' yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

“Saya tanya dia secara bergurau, adakah watak untuk Kak Mi dalam siri tu? Dia jawab sambil ketawa, dia sedang olah skrip sebab nak 'masukkan watak wok (awak) lah…,'” katanya sambil bergurau.

Avaa Vanja berkata, dia menerima mesej daripada Mamat Khalid pada minggu lepas untuk bertanyakan keadaan dirinya.

“Dia tanya saya 'Kak Nab macam mana? Lentik ke?' Saya pun jawab, 'Lentiklah'. Lepas itu dia beritahu penggambaran 'Kampung Pisang' edisi Tahun Baru dimulakan pada 20 Oktober ini.

“Dia minta standby. Saya beritahu dia akan saya jumpa dia selepas saya selesai menyiapkan program 'Rahsia Sutradara',” katanya.

Malah, suasana hiba menyelubungi pengebumian Mamat Khalid apabila isterinya, Hasmah Hassah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Intan tidak dapat menahan sebak dengan pemergian suaminya itu.

Kak Intan bagaimanapun cuba ditenangkan empat anaknya, Zaffa Khalid, Sara Khalid, Adam Khalid dan Amin Khalid.

Anak bongsu Mamat Khalid iaitu Ann Khalid yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dikhabarkan terkejut dan tidak dapat menahan tangis sebaik saja mendengar perkhabaran tentang kematian bapanya itu.

Sebelum pengebumian itu berlangsung, jenazah Mamat Khalid telah pun dimandikan dan disolatkan di Masjid Kampung Sungai Rokam di Ipoh, Perak. - Getaran, 24 Oktober 2021

Semua gambar: Ellyna Ali menggunakan telefon pintar Poco 3

Gambar utama: Instagram Mamat Khalid

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

2

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

2

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

3

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

4

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

5

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 9 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 4 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 12 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN