Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


'Penunggang Agama 2' Ibarat Hilang Arah

Selepas berjaya mengutip RM3 juta, filem 'Penunggang Agama' muncul dengan sekuel dan menampilkan watak paderi. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 8:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas menonton filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof beberapa bulan lalu, penulis sudah menjangka akan ada sekuel menyusul. Namun tidak sangka kemunculan sekuelnya akan sepantas ini. 

Sambutan terhadap Penunggang Agama amat menggalakkan sehingga berjaya mengumpul RM3 juta biarpun hanya ditayangkan di saluran Astro First. Kini, Penunggang Agama 2 pula muncul dan sudah boleh dilanggan di saluran 480 bermula 19 Oktober 2021.

Namun penulis merasakan filem ini harus dibiarkan terhenti di versi yang pertama sahaja. Kenapa penulis berpendapat seperti itu? Ini kerana penulis merasakan Penunggang Agama 2 tidak digarap dengan baik dan dilihat seolah hilang arah. 

Kisahnya bermula selepas kematian Tok Aji lakonan Nasir Bilal Khan, isterinya iaitu Huda lakonan Salina Saibi tidak puas hati dengan Amir (Zul Ariffin) dan isterinya Anna ( Azira Shafinaz) kerana memungkiri janji sehingga menyebabkan kematian suaminya

Lalu dia mewarisi ilmu hitam peninggalan suaminya untuk membalas dendam terhadap Amir dan Anna. 

Amir pula kini semakin popular dalam kalangan penduduk Cameron Highland kerana dikatakan mampu mengubati mereka yang diganggu makhluk halus.

Akibat seringkali ditawarkan wang saguhati, Amir semakin ligat mencari peluang menjadi ‘ustaz segera’ sehingga mengabaikan kerjanya di pejabat. 

Pada masa sama, anak murid Anna iaitu Anim hilang selepas pulang dari kelas mengaji.

Amir pula mendapat panggilan daripada seorang Datuk (Datuk Rahim Razali) yang memiliki seorang anak perempuan yang cantik (Anna Jobling) yang sering diganggu makhluk halus. 

Ibu bapa Hanim meminta bantuan Amir untuk mengesan anak mereka, namun Amir dilihat lebih mementingkan urusan bersama Datuk kerana telah ditawarkan wang pendahuluan RM10,000.

Nurul pula menyedari perubahan suaminya yang dilihat semakin hanyut dengan gelaran ustaz serta wang ringgit sehingga tercetusnya konfrantasi.

Apabila Father Michael (Tony Eusoff) muncul menghulurkan bantuan untuk mencari Anim, Amir dilihat tidak berpuas hati kerana urusannya diganggu. 

Untuk filem bergenre seram, sekuel ini kurang elemen itu malah hantunya juga muncul sekali sekala sahaja. 

Aspek lakonan, pujian harus diberikan kepada Azira yang berjaya membawa watak isteri dan ibu dengan cemerlang. Manakala lakonan Salina sebagai pengamal ilmu hitam pula dilihat gagal dan berlebihan sehingga mencacatkan mood penulis untuk cuba menghayati filem ini dengan lebih mendalam.

Watak Father Michael juga tidak digarap dengan baik sedangkan wajahnya terpampang di poster filem ini. 

Banyak babak dalam filem ini sungguh klise dan mengingatkan penulis kepada babak-babak dalam filem Munafik arahan abang kepada Syafiq iaitu Syamsul Yusuf.

Rasanya pengarah sudah boleh kurangkan babak hantu yang mampu mencekik dan angkat manusia dari jauh kerana seakan tidak logik pula dan boleh mencacatkan mood penonton. Inikan filem seram Malaysia, bukan filem barat. - Getaran, 21 Oktober 2021

Rating: 2 Getar 

Foto: Astro, Instagram

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 18 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Anak Sarawak Dicari Untuk Hasilkan Poster Filem 'Sumpahan Jerunai'

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Maaf Semua’ - Filem Dikritik, Syafiq Yusof Terima Dengan Hati Terbuka

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 10 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 18 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran