Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Dune' Filem Fantasi Pelik Tetapi Luar Biasa Hebat

'Dune' adalah sebuah filem yang penuh stail, cukup epik dan ekstravanganza dengan babak-babak pertempuran yang hebat, menjadikan ia sebuah filem yang cukup sempurna dan padu.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 6:38PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inilah sebuah filem yang sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat filem sains fiksyen serta pencinta novel Dune karya Frank Herbert yang diterbitkan pada 1965. Novel ini memang disebut-sebut mempunyai potensi yang besar untuk diadaptasi ke layar lebar. 

Percubaan David Lynch untuk memindahkan Dune ke layar lebar pada 1984 sebelum ini tidak berjaya dan mendapat kritikan. Malah, usaha-usaha yang dilakukan seterusnya untuk mengadaptasinya ke skrin TV dan filem juga menemui kegagalan. 

Namun, Dune yang pernah memenangi Novel Terbaik Anugerah Nebula masih kekal dianggap sebagai karya novel sains fiksyen terbaik yang berjaya merentasi sempadan masa selama beberapa abad. 

Atas sebab itu, ramai yang pada awalnya berasa skeptikal apabila syarikat produksi Legendary mengumumkan mereka akan menerbitkan Dune 2021 dengan menggunakan khidmat pengarah filem Kanada, Denis Villeneuve. 

Ia bagaimanapun adalah satu pilihan yang cukup tepat kerana hasil kerja dan pengarahan Denis Villeneuve di dalam filem ini memang sungguh menakjubkan, hebat dan luar biasa sekali. 

Daripada naratif filem, garapan cerita, sinematografi, palet warna, pengarahan seni, kesan khas visual digital sehinggalah ke aspek runut bunyi, tidak ada satu pun yang mengecewakan. Semuanya, nampak lengkap dan sempurna sehingga filem ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu karya hebat.  

Menonton Dune seperti membawa kita ke sebuah dunia fantasi yang pelik tetapi pada waktu yang sama ada elemen-elemen di dalamnya yang membuatkan ia terasa cukup dekat dengan realiti kehidupan kita ketika ini.

Dan, ada juga perasaan seolah-olah filem ini membawa kita menjelajah ke seluruh benua yang ada di dunia, memperkenalkan kita kepada budayanya tetapi ia kemudian membawa kita semula menerobos masuk ke dunia asing, Dune. 

Memang sukar untuk dijelaskan. Tapi, inilah antara pengalaman yang barangkali dirasai segelintir penonton. 

Sebagai pembawa watak Paul Atreides, Timothée Chalamet berjaya menghidupkan watak pewaris takhta Atreides dengan baik apabila terpaksa menerima hakikat bahawa firasat yang dirasakannya tidak masuk akal adalah suatu kenyataan yang benar. 

Pergolakan jiwa, kekeliruan dan masalah keyakinan diri yang dialaminya bersama mimpi-mimpi aneh yang datang bersilih ganti berjaya disampaikan dalam lapisan-lapisan emosi yang berbeza-beza mengikut suasana. 

Malah, gaya lakonan dan pengucapan yang bersahaja Chalamet akan mengingatkan kita kepada Nicholas Cage. Pastilah dia akan menjadi pelapis kepada aktor-aktor senior yang mempunyai stail tersendiri dalam lakonan. 

Lakonan Stephen McKinley Henderson memang tidak perlu dipertikaikan. Aktor hebat ini berjaya mengubah dirinya sebagai Ketua House of Harkonnen sehingga sukar untuk kita mengenalinya dengan watak tersebut.

Begitu juga dengan Javier Bardem yang menjadi ketua puak Fremen. Lakonannya sebagai ketua puak Fremen yang hidup di tengah padang pasir membuatkan kita percaya dia memang berasal dari situ. 

Namun, di sebalik kepuasan yang dirasai sepanjang menonton Dune ini, akan terzahir rasa tidak puas hati kerana masih banyak perkara yang tidak terjawab mengenai nasib House of Atreides, status puak Fremen yang masih ditakluki House of Harkonnen dan mimpi-mimpi Paul Atreides yang tidak sepenuhnya terjawab. 

Inilah yang sengaja dilakukan Denis Villeneuve kerana apa yang kita saksikan itu adalah bahagian pertama Dune. Bererti akan ada sambungan kedua Dune tidak lama lagi. 

Dalam bahagian kedua ini, kemunculan Zendaya yang membawakan watak Chani pasti akan memberikan lebih impak lagi dan sifat-sifat kepimpinan Paul Atreides mungkin akan lebih terserlah lagi. 

Apapun, Dune adalah sebuah filem yang penuh stail, cukup epik dan ekstravanganza dengan babak-babak pertempuran yang hebat. Bonus-- serangan cacing pasir gergasi yang dihasilkan dengan cukup sempurna dan padu. 

Rating: 5 Getar 

 

Sinopsis

Dune menceritakan kisah Paul Atreides (Timothée Chalamet), pewaris takhta House of Atreides yang punya kehebatan meramal masa depan dan ia turut mengubah takdir hidupnya. 

Dia telah didatangi mimpi penuh misteri dan di dalam mimpinya itu, dia telah melihat kelibat seorang gadis yang tewas dalam sebuah pertempuran. Paul Atreides kemudian meminta Duncan Idaho (Jason Momoa) jika dia dapat ikut serta dalam misinya ke planet berbahaya, Arrakis, namun Idaho enggan memenuhi permintaannya itu.

Akhirnya, bersama ayahnya Duke Leto Atreides (Oscar Isaac) dan ibunya, Lady Jessica (Bene Gesserit), Paul Atreides terpaksa melakukan perjalanan dengan keluarganya ke Arrakis iaitu sebuah planet yang turut digelar Dune. 

Dune adalah penempatan asal puak Fremen yang telah lama berusaha untuk membebaskan tanah milik mereka daripada jajahan kuasa asing, House of Harkonnen, yang hanya berminat untuk mendapatkan malange atau 'spice', sumber paling berharga di alam semesta yang terdapat di wilayah tersebut. 

Kehadiran House of Atreides di Dune telah menimbulkan konflik dengan House of Harkonnen dan puak Fremen pula menganggap mereka juga sama seperti House of Harkonnen.

Namun, pada saat mereka bersengketa, datang suatu ancaman yang tidak diduga yang akan menjejaskan kehidupan seluruh alam semesta.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Saksikan filem ini yang dibintangi Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem. - Getaran, 14 Oktober 2021

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 2 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 22 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki