Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skrip 'Squid Game' Siap 10 Tahun lalu, Ditolak Kerana ‘Terlalu Mengarut’

Skrip tersebut ditolak oleh beberapa produksi yang rata-ratanya menyifatkan cerita itu tidak realistik dan mengarut

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 8:49AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naskhah dari negara Korea Selatan terus mengungguli platfrom penstriman terkenal dunia, Netflix. Sebuah drama thriller berjudul 'Squid Game' mencipta satu lagi fenomena sehingga menjadi tontonan paling sohor kini di 13 negara termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat. 

Meskipun ia sudah ditayangkan pertengahan bulan lalu, demam drama tersebut masih belum kebah. 

Di sebalik kejayaan drama Squid Game itu, pengarahnya iaitu Hwang Dong Hyuk berkongsi sebuah fakta yang mengejutkan iaitu skrip drama berkenaan sebenarnya sudah siap lebih 10 tahun lalu.       

Skrip tersebut ditolak oleh beberapa produksi yang rata-ratanya menyifatkan cerita itu tidak realistik dan mengarut. 'Squid Game' pada ketika itu juga tidak berjaya mendapatkan kepercayaan para pelabur tempatan kerana dianggap ganas dan sangat sensasi.

Dong-hyuk menulis naskah itu semasa dia tinggal bersama ibu dan neneknya. Skrip itu kemudian ditangguhkan kerana dia harus menjual komputer riba miliknya kerana memerlukan wang.

Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Dua tahun lalu, pihak Netflix memutuskan untuk menerima skrip tersebut dan dipecahkan kepada drama sembilan episod.

“Saya biasa mengarah filem berdurasi 2 jam. Jadi, sangat mencabar untuk menghasilkan karya berdurasi lapan jam.

“Dunia sudah berubah. Pada waktu ini, cerita seperti 'Squid Game' kedengaran lebih realistik berbanding 10 tahun lalu,” katanya.

Drama ini sudah diterjemah kepada 31 bahasa. Trailer untuk drama ini juga telah melepasi jumlah tontonan 'Lupin' dan 'Bridgerton' iaitu 18 juta tontonan.

'Squid Game' lakonan Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Goo Yoo itu menceritakan bagaimana para kapitalis mengadakan sebuah pertandingan yang pesertanya terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kewangan serius.

Para peserta perlu memenangi permainan kanak-kanak yang diadakan dalam 'Squid Game'. Jika kalah, peserta akan berdepan dengan kematian. Sekiranya menang, peserta layak membawa pulang wang berjumlah 45.6 bilion won bersamaan RM161 juta. - Getaran, 6 Oktober 2021

Gambar: Yahoo News

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

2

Ekonomi 2 minggu yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Selepas 16 tahun Dalam Industri, Onew Bakal Bertemu Peminat Malaysia 27 Julai Hadapan

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN