Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Konflik Keluarga Dalam 'Hasrat Tersirat'

Sebuah lagi drama konflik keluarga bakal meruntun jiwa penonton.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 5:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berakhirnya tayangan drama rantaian ‘Ali Alia’ yang meruntun emosi, kini Astro kembali dengan sebuah lagi karya menggugah jiwa berjudul 'Hasrat Tersirat'. 

Drama 20 episod yang memparkan kisah pergolakan keluarga, dendam dan perebutan harta pusaka ini dihidupkan dengan lakonan mantap barisan bintang handalan dari Singapura seperti Rahimah Yusoff, Azhar Norlesta, Shaquille Daniel dan Hashimah Hamidon.

Mengulas lanjut drama rantaian ini, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, naskhah terbaharu taruhan slot Tiara yang sekali lagi mengangkat tentang konflik dalaman keluarga ini diyakini dapat menjentik emosi penonton kerana ia sarat dengan mesej yang jelas dan bermanfaat jika dilihat secara positif. 

 ”Ada banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kerana berdepan dengan konflik adalah asam garam kehidupan yang akan mematangkan diri kita. Semoga impak penceritaan ‘Hasrat Tersirat’ dapat dirasai peminat drama Melayu sehingga mampu mencetuskan fenomena tersendiri.”

Hasrat Tersirat mengisahkan kematian Hamzah menyebabkan keluarganya mula berpecah-belah. Isterinya, Aisyah terpaksa berdepan dengan masalah menguruskan pembahagian harta pusaka dan kebenaran yang dituntut oleh anak tirinya iaitu Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri serta seseorang dari masa silamnya. 

Aisyah harus mengharungi semua ini bersendirian malah dalam masa sama cuba memelihara nama baik arwah suaminya.

Drama Hasrat Tersirat ini bakal menghiasi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai petang ini atau boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 2 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar