Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Filem Patriotik Nafas Baru Untuk Anak Muda

Sempena meraikan Hari Kebangsaan yang ke-64, kami senaraikan empat filem patriotik nafas baru dan segar untuk tontonan semua, terutama sekali anak-anak muda Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 5:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem berkonsepkan kenegaraan tidak hanya menceritakan tentang peperangan malah semangat perpaduan juga boleh menyemarakkan semangat patriotik dalam sanubari rakyat Malaysia.

Dalam negara yang berbilang kaum, keharmonian perlu sentiasa dijaga secara berterusan untuk mencegah penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial termasuk berkaitan dengan pencabulan hak kemanusiaan.

Ya, memang bukan senang untuk pastikan keharmonian dapat dipelihara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial tetapi jika perpaduan diperkuatkan, kita dapat mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Sedar atau tidak, filem yang memaparkan keharmonian kaum mampu memberi kesedaran kepada rakyat agar dapat bersama-sama memperkukuhkan semula perpaduan kaum yang adakalanya tampak goyah.

Sempena meraikan Hari Kebangsaan yang ke-64, kami senaraikan empat filem patriotik nafas baru, segar dan muda yang wajib ditonton ramai. Ia menggabungkan semua kaum di Malaysia dan memberi garapan cerita yang berbeza daripada tanggapan ramai tentang genre filem ini.

 

Adiwiraku (2017)

“Dari awal hingga ke hujung filem, saya tak malu nak mengaku air mata saya deras mengalir kerana kisahnya, skripnya, pelakonnya, sinematografinya yang cukup menyentuh perasaan. Tahniah buat seluruh kru produksi.”

Itu antara komen yang dikongsikan oleh pengguna YouTube di ruang komen trailer filem ini.

Meskipun tiada kehadiran bintang popular untuk melakonkan apa-apa watak, namun Adiwiraku mampu muncul sebagai karya yang berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menontonnya.

Filem ini mengangkat kisah benar yang pernah berlaku kepada seorang guru berbahasa Inggeris bernama Cikgu Cheryl Ann Fernando.  Kisah yang pernah menjadi tular di media sosial ini menceritakan kesungguhannya dalam mengharungi pelbagai tekanan demi mendidik para pelajarnya.

Sarat dengan nilai moral, filem ini juga membincangkan beberapa isu dalam sistem pembelajaran negara seperti masalah disiplin, ketidakupayaan pelajar untuk membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah, kemiskinan dan lain-lain.

Filem yang diarahkan oleh Eric Ong ini dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi dan ramai lagi. Apa yang lebih menarik, hampir semua watak dilakonkan oleh pelajar-pelajar Cikgu Cheryl sendiri. 

Bayangkan, tanpa apa-apa pengalaman berlakon dan kelas latihan lakonan, mereka berjaya menjiwai kesemua watak tersebut malah memberi karakter tersendiri yang pasti tidak boleh dilupakan.

Tambahan pula terdapat juga banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar bersama. Filem ini menitikberatkan nilai percaya diri dan tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk mencapai matlamat hidup. Sebaliknya kita harus berhenti merunggut kerana usaha itu perlu bermula dari diri sendiri.

Oleh demikian, saya tidak hairan bila membaca pengalaman para penonton yang menyeka air mata saat mengikuti kisah ini. 

 

Ola Bola (2016)

Meskipun filem Ola Bola bukan mengenai peperangan atau perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi perpaduan yang luhur dalam menjaga maruah negara melalui perlawanan bola sepak adalah satu elemen kenegaraan yang mampu menyentuh hati. 

Karya yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan ini dilihat berjaya mencetus satu fenomena dalam industri perfileman kerana mampu menyatukan semua bangsa untuk menontonnya dan meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta ini.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Luqman Hafidz, JC Chee, Eric Teng, Saran Kumar, Haris Zainuddin dan Lim Jian Wen dan bertemakan kesukanan, kerjasama serta setiakawan.

Ola Bola mengikuti kisah seorang wartawan yang ditugaskan untuk membuat kajian mengenai pasukan bola sepak negara yang ketika itu telah mencipta nama. Sebelum berhenti kerja, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugas terakhir yang ternyata mengubah kehidupannya.

Lebih menarik, filem ini diilhamkan daripada peristiwa yang terjadi sebelum kejohanan Sukan Olimpik Moscow dan berlatarbelakangkan kehidupan sebenar masyarakat Malaysia pada era tahun 80-an.

Ketika itu, pasukan negara berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk konflik dalam keluarga yang boleh dilihat pada beberapa watak.

Mereka menghadapi tentangan kuat daripada keluarga masing-masing kerana menganggap kerjaya sebagai pemain bola sepak tidak akan menjamin masa depan. 

Aspek-aspek yang turut ditonjolkan dalam filem ini seperti perbezaan agama, budaya, bahasa dan kelas sosial membuatkannya unik dan dekat dengan realiti hidup rakyat Malaysia.

Banyak babak yang penuh dengan semangat kekitaan dan mampu membuat kita melaungkan ‘Gol!’ secara spontan seolah-olah berada di dalam stadium. 

Tambahan pula, ada juga beberapa babak yang mampu membuatkan anda menangis bukan sebab sedih tetapi rasa bangga dan lebih sayang kepada negara. 

Sarat dengan nilai-nilai positif, filem ini menjadi sebuah filem yang malar segar dan tidak jemu untuk ditonton berulang kali. 

 

Kolumpo (2013)

Filem Kolumpo adalah gabungan hasil kolaborasi antara tiga pengarah muda berbakat besar tanah air iaitu Bront Palarae, Rozi Izma dan Sheikh Munasar. Cerita ini membincangkan kisah pelbagai kaum di ibu kota Kuala Lumpur yang jarang diberi perhatian.

Apa yang menarik, filem ini menggabungkan kesemua kaum utama iaitu Melayu, Cina, India tetapi mengekalkan dialog dalam bahasa ibunda masing-masing.

Meskipun beberapa babak yang ditampilkan menunjukkan situasi sebenar mengenai masyarakat Malaysia, tetapi sensitiviti masyarakat tetap dijaga agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Watak-watak dalam filem ini dijayakan oleh Sharifah Amani, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam dan Amirul Ariff selain turut menampilkan beberapa nama besar sebagai pelakon undangan seperti Nam Ron, Farid Kamil, Dira Abu Zahar, Rosnah Mat Aris dan Nadia Aqila.

Selain itu, setiap kisah tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, namun setiap plot cerita mampu memberi kesan kepada jiwa kerana mempunyai tema sama iaitu mengenai Kuala Lumpur.

Mungkin banyak perkara menarik yang kita belum tahu atau pandang remeh tentang Kuala Lumpur tetapi ia sebenarnya mempunyai kisah menarik di sebaliknya.

 

The Big Durian (2003)

Walaupun sudah hampir dua dekad usianya, karya Amir Muhammad bertajuk The Big Durian, masih menjadi perbualan orang ramai hingga ke hari ini.

Dokumentari ini telah menjadikannya salah satu pengarah filem yang kontroversial kerana sering membincangkan tentang isu politik tempatan tanpa berselindung dalam karya-karyanya.

Untuk pengetahuan semua, The Big Durian ditulis berdasarkan peristiwa yang berlaku pada Oktober 1987, di mana ia merupakan salah satu tempoh paling penting dalam sejarah negara.

Bertujuan untuk menjelaskan isu ketegangan kaum ketika itu, ia turut menampilkan pelbagai bahasa, budaya dan isu-isu sosial yang berkaitan masyarakat pada era itu.

Dokumentari ini bermula dengan seorang askar bernama Adam yang mengamuk dan berlari memasuki sebuah hotel dengan bersenjatakan sepucuk pistol M16. Kejadian itu telah menakutkan beberapa orang di sana.

Seramai 23 orang yang turut berada di lokasi kejadian juga terlibat dalam penggambaran dokumentari ini.

Dokumentari ini mendedahkan bahawa ada sesetengah perkara tidak laporkan dengan benar oleh pihak media malah telah ditokok tambah sehingga mengakibatkan cerita sebenar tidak diketahui umum dan terkubur begitu sahaja.

Selain daripada meningkatkan rasa cinta terhadap negara melalui tontonan filem-filem ini, kita juga boleh belajar nilai murni dan mencontohi watak-watak yang ditampilkan dalam filem tersebut.

Jadi tunggu apa lagi, pastikan anda tonton keempat-empat filem ini pada hujung minggu nanti. - Getaran, 27 Ogos 2021

Semua gambar: IMDb

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 9 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Selebriti 14 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar