Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ekonomi Malaysia Dijangka Meningkat Kukuh Tahun Ini - AMRO

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 3:40PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka meningkat semula dengan kukuh pada tahun ini dan 2022 berdasarkan pemulihan global yang dipacu vaksin walaupun wujudnya gangguan akibat kenaikan semula kes COVID-19 sejak akhir tahun lepas.

Menurut Laporan Perundingan Tahunan 2020 mengenai Malaysia yang dikeluarkan Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) hari ini, pertumbuhan itu akan disokong oleh dasar domestik yang positif, kepelbagaian ekonomi dan sistem perbankan yang berdaya tahan.

Ketua ahli ekonomi AMRO Dr Hoe Ee Khor berkata pada 2021, ekonomi Malaysia dijangka meningkat semula sebanyak 5.6 peratus berikutan asas rendah dan peningkatan kukuh permintaan global yang dipacu program vaksinasi.

“Aktiviti pelancongan dan perjalanan antarabangsa dijangka menerima tarikan pada 2022 memandangkan vaksinasi COVID-19 mencapai imuniti kelompok di Malaysia dan luar negara, meningkatkan pertumbuhan (ekonomi) Malaysia kepada 6.2 peratus,” katanya dalam taklimat media AMRO secara maya haari ini.

Bagaimanapun beliau berkata unjuran itu diselubungi trajektori pandemik yang tidak pasti kerana kemajuan vaksin dan penyebaran vaksin bagi menentang mutasi virus.

Selain itu, Hoe berkata kemusnahan kepada perniagaan dan pasaran buruh menunjukkan ekonomi mungkin tidak kembali kepada trend output sebelum pandemik dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata langkah fiskal dan bukan fiskal yang dilanjutkan kerajaan sehingga 2021 - sebagai tambahan kepada pelaburan dalam pengangkutan dan infrastruktur digital dalam belanjawan tahun ini - amat penting bagi memastikan pemulihan ekonomi kekal berada di landasan yang tepat.

“Pada masa yang sama, kelonggaran keadaan monetari yang agresif telah melengkapkan rangsangan ekonomi dan membantu menstabilkan pasaran kewangan.

“Kadar dasar yang diturunkan sebanyak 125 mata asas pada 2020 kepada paras rendah 1.75 peratus, kekal menampung di sebalik momentum pertumbuhan yang lemah akhir-akhir ini.

Hoe berkata pada masa depan, dasar monetari seharusnya berada dalam kecenderungan menurun memandangkan ketidakpastian yang terus menyelubungi unjuran ekonomi.

“Bagaimanapun, persekitaran kadar faedah yang rendah menyeru kepada kewaspadaan terhadap potensi kewangan yang tidak seimbang,” katanya.

Hoe berkata kedudukan luaran Malaysia adalah kukuh, disokong oleh lebihan yang berterusan dalam akaun semasa serta aliran masuk pelaburan langsung asing.

Penyambungan semula aliran masuk modal asing sejak tekanan pembiayaan dolar US pada Mac 2020 telah memperkukuhkan penampan rizab Bank Negara Malaysia (BNM) dan kedudukan luaran secara keseluruhan.

“Adalah berhemat bagi BNM untuk mengumpul lebih banyak rizab semasa tempoh aliran masuk modal, di samping mengekalkan kadar pertukaran yang fleksibel sebagai penampan utama terhadap kejutan luaran,” katanya.

Hoe berkata pelarasan kepada dasar pertukaran asing menjelang akhir 2016 telah menyumbang kepada ketidaktentuan aliran modal yang lebih rendah semasa episod tekanan pada Mac 2020.

Penguatkuasaan yang diperketatkan terhadap urus niaga ringgit luar pesisir dan pembangunan pelindungan pasaran telah menyebabkan aliran masuk modal yang lebih stabil dan kurang bersifat spekulatif.

Sementara itu, beliau berkata sistem perbankan domestik berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menguruskan peningkatan risiko kredit dan memudahkan pengembangan kredit yang berterusan.

“Langkah ujian tekanan oleh AMRO dan BNM menunjukkan bahawa bank mempunyai ruang yang cukup untuk menyerap kemerosotan pinjaman berikutan pengukuhan dalam penampan modal mereka.

“Memandangkan prospek ekonomi dan tahap kelemahan pinjaman selepas berakhirnya tempoh skim bantuan pembayaran balik hutang masih tidak menentu, simulasi tekanan yang kerap terhadap institusi kewangan amat disyorkan bagi menjaga risiko yang tidak diduga,” kata Hoe.

Beliau ketika mengulas mengenai prospek berkata, mengekalkan pembaharuan dasar untuk menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan produktiviti adalah kritikal bagi mencapai ekonomi pasca pandemik yang dinamik serta inklusif.

“Menggabungkan agenda yang luas, agenda kemampanan alam sekitar dalam pelan pembangunan akan meningkatkan daya tahan ekonomi apabila Malaysia maju ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PDRM Tunggu Dasar KDN Berhubung Kebenaran Jual Bunga Api, Mercun – KPN

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional Ditubuh Segera - Khaled

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agensi Kerajaan Perlu Fahami, Terjemah Konsep Malaysia Madani - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Solusi Tangani Kos Sara Hidup Jangka Dilaksana Pada Januari 2023

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini