Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


60 Peratus Pengguna Malaysia Membeli Barangan Tempatan Menjelang Hari Merdeka

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 5:33PM

Dalam kajian tersebut, 3,356 pengguna Shopee telah mengambil bahagian dengan 30 peratus daripadanya menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia kerana memenuhi cita rasa tempatan mereka - Gambar Hiasan

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 60 peratus pengguna dalam talian Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal ‘Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce’, sebuah kempen kajian pasaran anjuran Shopee Malaysia.

Dalam kempen kajian tersebut, 3,356 pengguna Shopee telah mengambil bahagian dengan 30 peratus daripadanya menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia kerana memenuhi cita rasa tempatan mereka.

Daripada jumlah tersebut, seramai 20 peratus pengguna pula menyatakan mereka ingin menyumbang kemajuan ekonomi negara atas dasar semangat patriotik, sementara 8 peratus penjual turut menyokong penjual tempatan lain.

Manakala 42 peratus pengguna pula, memilih untuk membeli barangan dalam talian melalui penjual tempatan untuk mendapatkan barangan pesanan mereka dengan lebih cepat.

Shopee turut mendedahkan perkara-perkara yang dihargai rakyat Malaysia tentang trend pembelian dalam talian.

Lebih 70 peratus pengguna menganggarkan pembelian dalam talian mereka menghasilkan penjimatan sebanyak 5 peratus, sementara 50 peratus pengguna pula mengakui mereka perlu mengurangkan perbelanjaan.

Dalam pada itu, seramai 14 peratus pengguna tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan penting dan hanya 6 peratus  membeli-belah untuk tujuan tanggungan yang ramai.

Kenneth Soh - Gambar ihsan Shopee Malaysia
Kenneth Soh - Gambar ihsan Shopee Malaysia

Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata ramai pengguna Malaysia tidak mengutamakan diskaun dan baucar semasa membuat pembelian dalam talian. 

“Menariknya, tidak semua pembeli mengutamakan baucar dan diskaun. Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia lebih menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” ujarnya.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal sudah dibuka semula kerana ia sudah menjadi kebiasaan para pengguna Malaysia semasa pandemik.

Majoriti responden menghargai ‘ketenangan fikiran’ dengan 49 peratus pengguna memilih untuk menikmati kemudahan pesanan yang dihantar terus di hadapan pintu rumah mereka.

Untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan, jangan lepaskan peluang menyertai 9.9 Pembelian Hebat Shopee yang sedang berlangsung sehingga 9 September 2022 ini. 

Lebih kegembiraan menanti rakyat Malaysia serta penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, diskaun harian 95 peratus dan peluang memenangi RM200,000! - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini