Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Aqua-Flo Peroleh Kontrak Loji Rawatan Air Selangor Bernilai RM91.6 Juta

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 9:15PM

Gambar hiasan dari Air Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak syarikat Kumpulan Peransang Selangor Bhd (KPS) Aqua-Flo Sdn Bhd telah memperoleh kontrak pembekalan bernilai RM91.6 juta daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk membekal, mengangkut, dan menghantar bahan kimia air ke lokasi loji rawatan air.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPS berkata kontrak itu akan berlangsung selama 14 bulan dari 1 November 2021 hingga 31 Disember 2022.

"Kontrak tersebut, yang diperoleh melalui tender terbuka, mempunyai pilihan untuk dilanjutkan berdasarkan kepada permintaan daripada Air Selangor," katanya.

Syarikat itu berkata kontrak tersebut diharapkan dapat memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan KPS bermula dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 hingga 2022.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Fariz Hassan berkata, permintaan yang semakin meningkat untuk bahan kimia oleh pengendali air terbesar di Malaysia itu menunjukkan keyakinan Air Selangor terhadap Aqua-Flo dalam memainkan peranan penting memastikan kelestarian bekalan air bersih dan selamat di Selangor.

"Disokong oleh rekod prestasi kami yang konsisten dalam menyediakan produk berkualiti dengan harga yang kompetitif, kontrak baharu ini menjadikan status Aqua-Flo sebagai salah satu peneraju pasaran dalam pembekalan bahan kimia rawatan air di negara ini," katanya.

Aqua-Flo sebelum ini memenangi kontrak dua tahun bernilai RM162.5 juta oleh Air Selangor dari 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020, yang kemudiannya dilanjutkan selama 12 bulan lagi sehingga 31 Oktober 2021 dengan nilai tambahan RM81.2 juta.

Melangkah ke hadapan, KPS menjangkakan pertumbuhan organik dalam perolehan nilai kontrak Aqua-Flo kerana ia terus mengukuhkan daya tarikannya dalam penjualan bahan kimia serta meningkatkan pendapatan daripada segmen perniagaan meter air dan peralatan daripada pelanggan sedia ada dan yang baharu.

Aqua-Flo adalah perintis tempatan dalam penyediaan dan pembekalan bahan kimia kepada industri rawatan air, sisa dan kumbahan yang membekalkan bahan kimia seperti klorin cair, polyaluminium klorida dan kapur terhidrat dan tawas cair. - Bernama

-

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

Usahawan 6 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad