Berita Terkini

9 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Maxis Ambil Alih MyKRIS Asia, Pada Harga Sehingga RM157.5 Juta

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 10:30PM

Gambar dari Maxis.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd (Maxis) telah mengambil alih penyedia perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, MyKRIS Asia Sdn Bhd pada harga bernilai sehingga RM157.5 juta.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Maxis berkata pengambilalihan itu sebahagian besarnya meliputi penambahan kumpulan pakar seramai 70 jurutera dan pasukan sokongan yang berkelayakan.

Menurutnya, ini sekali gus dapat membantu meningkatkan lagi kemampuan yang diterajui oleh Maxis Programmable Network selain menjadi asas persiapan untuk 5G masa depan dari aspek rangkaian persendirian sehingga meliputi Akses Tetap Tanpa Wayar 5G.

Usaha pengambilalihan MyKRIS Asia dijangka selesai menjelang suku pertama 2022, tertakluk kepada memenuhi terma perjanjian yang dipersetujui sebelumnya, termasuk kelulusan para pemegang sahamnya.

MyKRIS Asia adalah anak syarikat MyKRIS International Bhd -- sebuah syarikat pegangan yang disenaraikan di pasaran Bursa LEAP.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut menyifatkan pengambilalihan itu dapat memperkukuh kedudukan syarikat berkenaan sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia.

“Lebih penting lagi, ini memaparkan komitmen kami untuk melabur dalam negara serta menyokong ekonomi digital selain membolehkan perniagaan sentiasa di hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata perkhidmatan rangkaian dan keselamatan yang terurus merupakan komponen penting bagi strategi transformasi digital.

“Susulan kehadiran MyKRIS Asia, kami menyasarkan untuk memperluas penyelesaian rangkaian dan kemampuan teknikal yang berteraskan Maxis Programmable Network kami yang terbaik dalam kelasnya,” katanya.

Langkah pengambilalihan terbaharu membabitkan MyKRIS Asia itu menyusuli beberapa usaha seumpamanya oleh Maxis sejak dua tahun lepas, termasuk Infrastructure Consulting & Managed Services Sdn Bhd (ICMS), Peering One Sdn Bhd yang melibatkan perkhidmatan awan profesional dan terurus secara menyeluruh serta Audeonet (M) Sdn Bhd merangkumi penyelesaian penyatuan suara dan komunikasi. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 23 jam yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030