Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


FAMA Rekod Hasil Jualan RM312.51 Juta

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 7:31AM

Sebanyak 100 pasar tani telah beroperasi di seluruh negara selaras dengan kelonggaran yang diberikan MKN dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan dari Facebook FAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatat  hasil jualan bernilai RM312.51 juta menerusi kesemua rangkaian outlet seliaan lembaga itu dari 25 Mei hingga 24 September lalu.

FAM menerusi kenyataannya memaklumkan 54 Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara melibatkan 3,776 usahawan tani telah merekodkan nilai jualan sebanyak RM124.02 juta dalam tempoh tersebut.

“Bagi negeri Johor, nilai jualan berjumlah RM58.6 juta sepanjang tempoh fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan enam buah PST di negeri ini melibatkan 124 usahawan tani telah berjaya merekodkan nilai jualan sebanyak RM23.3 juta,” katanya.

Sementara itu, FAMA memaklumkan, sehingga Jumaat lepas, program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin telah memanfaatkan seramai 38,026 orang di 200 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 72.97 metrik tan makanan disalurkan. 

Menurut kenyataan itu, di Johor, pelaksanaan program berkenaan menerusi  FAMA telah memberikan manfaat kepada 3,480 penerima di 14 buah lokasi, sekali gus membantu 97 usahawan memasarkan 16.3 metrik tan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 34,650.

Katanya, penerima termasuk petugas barisan hadapan di pusat pemberian vaksin (PPV), sekatan jalan raya (SJR), penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), badan kebajikan dan badan bukan kerajaan.

“Hari ini kita juga telah memberikan sumbangan kepada 224 penerima terdiri daripada asnaf dan orang asli di daerah Kota Tinggi, melibatkan dua metrik tan merangkumi sayur-sayuran dan buah- buahan,” menurut kenyataan itu.

FAMA berkata sebanyak 100 pasar tani telah beroperasi di seluruh negara selaras dengan kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 22 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM