Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Lazada: Pembelian Dalam Talian Meningkat Semasa 9.9

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 12:22PM

Purata rakyat Malaysia membeli 10 kali lebih banyak barangan daripada bulan lepas di LazMall sepanjang Jualan Jenama Mega 9.9, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lazada Malaysia melaporkan pembeli dalam talian negara ini menunjukkan trend peningkatan dengan purata rakyat Malaysia membeli 10 kali lebih banyak barangan daripada bulan lepas di LazMall sepanjang Jualan Jenama Mega 9.9 (Jualan 9.9) baru-baru ini.

 Syarikat e-dagang itu berkata ini jelas menunjukkan pengguna semakin yakin membeli-belah dalam talian di destinasi jenama Lazada yang dijamin tulen.

Ketua LazMall Chenxi Zhou berkata kebanyakan jenama LazMall turut mencatatkan peningkatan lebih tiga kali pengikut kedai sepanjang tempoh jualan. 

“Kami gembira melihat janji ketulenan 100 peratus dan pulangan percuma 15 hari LazMall mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan kami.

"Peningkatan ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin ketara terhadap LazMall sebagai destinasi utama untuk membeli produk berjenama dalam talian, termasuk produk premium dan mewah yang bernilai sehingga beribu-ribu ringgit,” katanya.

Sepanjang Jualan 9.9 Lazada tahun ini, beberapa kata kunci yang paling kerap dicari oleh pembeli tempatan ialah jenama-jenama pakaian riadah sukan, telefon pintar dan keperluan isi rumah.

Ini termasuk jenama seperti Puma, Nike, Adidas, Xiaomi, Samsung, Huawei, Dyson, Watson, Dettol, dan banyak lagi yang telah dicari beribu-ribu kali bagi setiap jenama.

Chenxi menambah kebanyakan rakan jenama LazMall mendapati pengikut kedai tempatan mereka meningkat tiga kali ganda berbanding bulan terdahulu apabila menyertai Jualan 9.9 baru-baru ini.

"Peningkatan ini jelas membuktikan LazMall sebagai pilihan utama yang membolehkan rakan-rakan jenama rasmi kami untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan di seluruh negara," katanya.

Trend penting lain termasuk kategori yang paling pantas berkembang di LazMall seperti barangan kecantikan, runcit, dan keperluan bayi, yang mencatatkan peningkatan pembelian lebih 15 kali  pada Jualan 9.9 Lazada berbanding bulan sebelumnya. 

Malah, rakyat Malaysia telah membeli lebih 120,000 kilogram serbuk MILO Activ-Go dari LazMall dalam tempoh satu hari di Jualan 9.9.

Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah lebih berat daripada 130 kereta Perodua Myvi.

Pembeli dalam talian tempatan turut membeli lebih 14,000 kilogram serbuk kopi Nescafe pada hari yang sama, cukup untuk membancuh lebih sembilan juta cawan kopi, yang boleh menolong seluruh penduduk Lembah Klang memulakan hari mereka dengan cergas

“Apabila pengguna membeli daripada jenama kegemaran di LazMall, pengalaman mereka bukan semata transaksi pembelian yang ringkas, malah, menjangkaui seluruh pengalaman beli-belah yang mencerminkan identiti unik jenama menerusi pelbagai cara yang menarik, seperti penstriman langsung atau permainan.

"Kami sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jenama dalam usaha untuk menambah baik pengalaman beli-belah pelanggan kami,” kata Chenxi

Dengan lebih 10,000 jenama di LazMall Malaysia, perniagaan dari semua industri menyedari potensi memanfaatkan alat pemasaran, teknologi data, dan rangkaian logistik Lazada bagi menyampaikan pengalaman yang diperibadikan kepada pelanggan di serata negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, boleh layari: https://lzd.co/LazMallMalaysia - Bernama

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 3 jam yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN