Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Indahnya Zapin, Tarian Tradisi Yang Takkan Lapuk Selamanya 

Himpunan Zapin Alam Melayu Nuansa Zapin menampilkan keindahan Zapin Johor, Zapin dari negeri-negeri lain dan Zapin negara jiran tetangga. 

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zapin sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat Johor yang sedari usia kecil lagi sudah diajar untuk menguasai struktur-struktur yang terdapat dalam persembahan tarian rakyat tradisional itu khususnya taksim, ragam, kopak dan wainab. 

Kebiasaannya juga, Zapin akan diiringi dan petikan gambus dan maruas serta lagu pantun daripada penyanyi, manakala penari-penari lelaki dan wanita berpasangan pula akan tampil lengkap dengan busana baju kurung Teluk Belanga. 

Gambar ihsan Nyala Dance Theater
Gambar ihsan Nyala Dance Theater

Namun, apa yang menarik, persembahan Himpunan Zapin Alam Melayu Nuansa Zapin yang diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat pelancongan Malaysia (MaTic,) Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Jun lalu, tidak hanya memfokuskan tentang tarian Zapin Johor semata-mata tetapi juga tarian Zapin dari negeri-negeri yang lain serta Zapin di Singapura dan Indonesia. 

Himpunan Zapin Alam Melayu Nuansa Zapin terbitan Kumpulan Nyala Dance Theater yang diterajui Khairulazhar Mohtar selaku pengarah projek dan kareografer ini dipersembahkan dalam bentuk tiga segmen. 

Apa yang menarik, sebelum persembahan tarian zapin ini bermula, ia terlebih dahulu dibuka dan acara berzanji dan marhaban dan bagi anak-anak Johor yang berada di perantauan, segmen ini pasti menggamit memori kala aktiviti ini sering dilakukan dalam apa sahaja acara majlis dan keramaian yang melibatkan kenduri kahwin, majlis khatam Quran, sambutan pagi raya mahu pun Maulidur Rasul. 

Segmen yang pertama yang dimulakan adalah tarian Zapin Johor yang terdiri daripada Zapin Melayu Johor, Zapin Lenga, Zapin Putar Alam, Zapin Pulau, Zapin Tenglu, Zapin Parit Mastar, Zapin Selat Panjang, Zapin Tanjung Labuh dan Zapin Kores. 

Ya, di Johor memang terdapat pelbagai jenis tarian Zapin. Setiap tarian ini mempunyai jumlah langkah dan ragam tari yang tersendiri tetapi asas Zapin yang berpangkal pada huruf lam itu tetap dikekalkan.

Wujudnya jenis-jenis tarian Zapin Johor ini adalah kerana ia diasaskan oleh beberapa guru dan usah terkejut jika ada di antara guru ini pula terdiri daripada kalangan imam masjid. Ini kerana tarian Zapin itu sendiri pada asalnya berasosiasi dengan agama Islam. Disebabkan itu, langkah empat di dalam tarian Zapin itu ada hubung kaitnya dengan bacaan zikir. 

Perkara ini telah dijelaskan  pengkaji tarian Zapin, Prof Dr Mohd Anis Md Nor yang juga Pengarah Urusan Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) menerusi sesi wacana perkongsian selepas beberapa tarian Zapin Johor itu selesai dipersembahkan. 

Prof Anis turut menyentuh tentang asal-usul Zapin yang bermula dari negeri Arab tetapi kemudian setelah dibawa ke Nusantara, ia tidak lagi punya persamaan dengan Zapin Arab atau lebih dikenali dengan Zafn. 

Pada segmen kedua, Zapin Pekan (Pahang), Zapin Sebat (Sarawak) dan Zapin Terengganu paul dipersembahkan. Zapin Terengganu juga punya tarikan dan keunikannya sendiri kerana ia telah dicetuskan oleh kalangan kerabat istana dan tariannya lebih banyak menjurus kepada unsur sufisme. 

Gambar Instagram Nyala Dance Theatre
Gambar Instagram Nyala Dance Theatre

Bagi segmen yang ketiga pula, tarian Zapin Meskom (Masak Kopi) dan Dana Benada dari Indonesia serta Zapin Telok Belanga (Singapura) pula dipersembahkan. 

Bagi yang tidak arif dengan tarian Zapin, pasti sukar untuk mereka membezakan jenis-jenis Zapin yang terdapat di Malaysia mahu pun di negara Nusantara. 

Namun, kebanyakan Zapin yang ada di negara kita sekarang ini lebih banyak menggunakan asas Zapin Johor. Cuma, apa yang diajar sekarang ini,  banyak langkahnya mengelirukan. 

Himpunan Zapin Alam Melayu Nuansa Zapin ini telah diiringi pemuzik Orkes Melayu Roger yang menampilkan persembahan nyanyian daripada artis tempatan seperti Norhasmidar Ahmad (Asmidar), Azizul Haqim Md Anuwar, Rasyidah Abd Rahim dan Abdul Rah’man Mahadi. 

Kumpulan Orkes Melayu Roger ini nyata turut membantu memberikan nyawa kepada persembahan Zapin ini menerusi petikan gambus dan maruas yang menjadi nadi dalam tarian Zapin. Bahkan, suara-suara merdu penyanyi-penyanyinya juga turut membuai rasa dan jiwa. 

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman turut mencemar duli menyaksikan Panggung Seni Tradisional 2022 - Gambar Instagram @Mysenibudaya
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman turut mencemar duli menyaksikan Panggung Seni Tradisional 2022 - Gambar Instagram @Mysenibudaya

Sekalung tahniah buat Kumpulan Nyala Dance Theater, pemuzik Orkes Melayu Roger dan penyanyi-penyanyi yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam Himpunan Zapin Alam Melayu Nuansa Zapin ini. 

Himpunan Zapin Alam Melayu Nuansa Zapin ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). 

Seharusnya persembahan seperti ini diangkat di panggung yang lebih besar seperti Panggung Sari, Istana Budaya! - Getaran, 30 Jun 2022

Gambar: JKKN (IG: mysenibudaya) & Nyala Dance Theater

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 3 bulan yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 8 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor