Berita Terkini

14 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sarawak Kaji Cadangan Guna Bahasa Mandarin Di Muzium Budaya Borneo

Sarawak akan mengkaji cadangan untuk menggunakan gaya penceritaan dalam bahasa Mandarin sebagai tambahan kepada Bahasa Malaysia dan Inggeris yang digunakan di Muzium Budaya Borneo di Kuching.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 6:03PM

Muzium Budaya Borneo - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sarawak akan mengkaji cadangan untuk menggunakan gaya penceritaan dalam bahasa Mandarin sebagai tambahan kepada Bahasa Malaysia dan Inggeris yang digunakan di Muzium Budaya Borneo di Kuching yang dibuka sejak 9 Mac lepas.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kajian ini akan mengambil kira bilangan pelancong asing yang menggunakan Bahasa Mandarin semasa melawat muzium berkenaan serta kos tambahan jika cadangan itu dilaksanakan.

"Kalau bilangan (pelancong berbahasa Mandarin) besar dan dirasakan ada keperluan, (cadangan itu) kami akan laksanakannya tapi buat masa ini kami lakukan kajian terlebih dulu," katanya dalam sidang media di Kuching semalam.

Menurutnya cadangan itu telah dikemukakan oleh Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian susulan populariti muzium itu sejak ia dibuka.

"Dalam tempoh tiga bulan (pembukaannya) sahaja kami mampu menarik lebih 250,000 (pengunjung). Saya rasa kini mungkin lebih 300,000 orang telah mengunjunginya," katanya.

Katanya penggunaan bahasa Mandarin untuk penceritaan sejarah seorang pelombong emas Cina, Liu Shan Bang, di daerah Bau dekat sini semasa pemerintahan Brooke di Sarawak juga sedang dikaji.

Dalam pada itu, beliau berkata satu konsert berjudul I Want To Break Free! Queen Tribute akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 30 Julai ini membabitkan artis seperti Alfred Ayal, Alif Putra, X Killer Queen, Dewi Seriestha dan Mathew Ngau.

Maklumat lanjut berhubung persembahan itu boleh diperoleh di laman www.frontrow.asia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

4

Semasa 10 bulan yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Menerusi temubual bersama radio Suria FM, Datuk Red tidak malu untuk akui bahawa dia pernah menjadi 'scammer' satu masa dahulu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki