web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kepelbagaian Etnik Diraikan Di Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai

Program yang julung kali dianjurkan di Semenanjung Malaysia memberi peluang dan pendedahan kepada masyarakat menghayati kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 9:06AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai yang julung kali dianjurkan di Semenanjung Malaysia memberi peluang dan pendedahan kepada masyarakat menghayati kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak. 

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program berkenaan bertepatan dengan agenda Semarak Uniti Keluarga Malaysia Kementerian Perpaduan Negara yang diharap dapat menjadi tapak memperkukuh ikatan perpaduan dan semangat integrasi nasional.

"Kemeriahan sambutan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai hari ini merupakan simbolik kepada semangat perpaduan yang bertujuan memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam menerima kepelbagaian budaya Keluarga Malaysia yang menjadi tunjang kepada kelestarian, keharmonian dan kemakmuran yang kita miliki hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program itu yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara bersama Persatuan Anak Borneo Semenanjung di Serdang semalam.

Halimah turut berharap Persatuan Anak Borneo Semenanjung terus bekerjasama dengan kementerian itu bagi menganjurkan lebih banyak program silang budaya sekali gus memperkukuh semangat integrasi nasional dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Antara pengisian program tiga hari bermula Khamis lepas itu adalah Pameran Kebudayaan Borneo, Explorace Uniti Keluarga Malaysia, Pertandingan Masakan Citarasa Menu Keluarga Malaysia dan pertandingan memperagakan busana tradisional.

Seorang pempamer, Dorothy James, 46, yang menjual busana, aksesori manik dan kraf tangan dari Sarawak berkata program itu platform yang baik bagi mempromosi dan memperkenalkan budaya etnik di Sabah serta Sarawak kepada masyarakat.

Penjual manisan dan kek lapis Sarawak, Halimah Oteng, 47, yang telah menetap hampir 20 tahun di Semenanjung berkata penganjuran program seumpama itu perlu diteruskan supaya lebih ramai dapat menyertainya dan mempelajari budaya masyarakat Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu terutama golongan muda. - Bernama

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN