Berita Terkini

1 jam yang lalu: Polis rampas 243 kg daun ketum di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak 2 jam yang lalu: PM Perancis beri amaran gelombang baharu COVID-19 2 jam yang lalu: COVID-19: Selangor catat purata enam kematian seminggu 3 jam yang lalu: Myanmar lanjutkan sekatan COVID-19 hingga akhir Disember 4 jam yang lalu: RM28.5 juta tunggakan bil air AKSB masih belum dijelaskan

IKUTI KAMI


Arca Gantung 'Pohon Meranti' Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records

Arca rekaan Nizam Abdullah, 41, setinggi 150 meter dengan berat sekitar 2,000 kilogram (kg) itu digantung di bangunan Residensi Pudu Alam Rekreasi setinggi 47 tingkat.

Budaya Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 3:04PM

Gambar Instagram @nizamsculpture

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minat mendalam dan pembabitan Nizam Abdullah dalam seni pembinaan arca berjaya melakar sejarah apabila karya arca gantung berkonsepkan ‘Pohon Meranti’ ciptaannya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records.

Arca rekaan Nizam, 41, setinggi 150 meter dengan berat sekitar 2,000 kilogram (kg) itu digantung di bangunan Residensi Pudu Alam Rekreasi setinggi  47 tingkat, sekali gus menjadikannya arca gantung tertinggi di bangunan kediaman di Malaysia.    

Lebih mengejutkan apabila isterinya Shima Nekmat, memaklumkan projek yang dihasilkan di Nizamsculpture Studio itu menelan kos perbelanjaan mencecah RM1 juta berikutan aspek-aspek keselamatan awam yang menjadi keutamaan.

“Ini kerana bahan utama yang digunakan untuk projek ini adalah winch (sejenis peralatan mengangkat muatan berat) yang diletakkan di tingkat paling tinggi (di bangunan) untuk gantungkan arca-arca itu. Winch sahaja nilainya melebihi RM100,000 kerana kita mengimportnya dari luar negara. Kabel-kabelnya (untuk arca) itu pun kita import dari Jerman dengan kos melebihi RM40,000.

“Apabila kita sebut mengenai keselamatan, kita tidak boleh berkompromi. Perlu menggunakan bahan-bahan yang berkualiti,” katanya yang turut memaklumkan projek pembinaan arca itu mengambil masa kira-kira satu tahun untuk disiapkan.

Shima yang juga merupakan Penasihat Perniagaan Nizamsculpture Studio berkata projek itu adalah antara projek terbesar pernah dilaksanakan suaminya selain arca ikonik, iaitu sebuah patung berwarna yang diberi nama ‘Togetherness’ yang kini berada di sekitar Menara Naza, Taman Platinum KLCC.

Menurutnya Nizam yang merupakan alumni jurusan seni halus dari LimKokWing University sebelum ini pernah menerima beberapa anugerah termasuk Best Sculpture Provider 2021 oleh NiagaTimes bagi kategori Excellence World Award dan Singapore Business Review 2022. 

“Aspirasi kita adalah untuk mewujudkan satu hub di Nizamsculpture Studio agar pelajar boleh lakukan latihan industri. Kerana pelajar aliran seni ini memerlukan hub untuk mereka lakukan hasil seni seperti pembinaan arca dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu Senator Dewan Negara Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata industri dan bakat seni tempatan perlu diangkat bagi mendepani gelombang persaingan budaya popular dari negara luar yang dilihat semakin menenggelamkan budaya seni negara.

Armand mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan Nizamsculpture Studio, Nizam atas kejayaan menghasilkan arca berkualiti tinggi sekali gus mencipta sejarah di dalam Malaysia Book of Records sebagai arca gantung tertinggi di bangunan kediaman.

“Kejayaan ini juga menepati visi dan misi Keluarga Malaysia untuk melahirkan rakyat yang memiliki daya pemikiran kreatif dan inovatif yang tinggi. Saya harap, pencapaian ini akan terus melahirkan dan menggalakkan lebih ramai bakat pengkarya arca tempatan sekali gus memartabatkan industri seni khususnya seni arca negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Diadakan Pada Februari 2023

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Konsert Faztival Fazura Pukau 8,000 Penonton, Catat Sejarah Sendiri Dalam Malaysia Book of Records 

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Moon Nila Mahu Ubah Peranan Stereotaip Wanita Dalam Filem

4

Selera 4 bulan yang lalu

Kluang Rail Coffee Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Sorotan

1

'Saya Mahu Bermain Muzik Dengan Kalian Sampai Tua' - Pusakata, Payung Teduh Bergabung Kembali

2

Yayasan Sutra Ramli Ibrahim Buat Persembahan Di Pesta Tarian India

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Ramai Tak Puas Hati Hazrul Nizam Dapat Nombor 6, Ini Penjelasan Juri Tetap

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Terjawab Sudah Siapa Jejaka Dalam Gambar Kahwin! MK Pilihan Nabila Razali

Nabila tidak mendedahkan apakah tujuan gambar itu dimuat naik namun rata-rata mengatakan ia hanyalah sebuah gimik.

oleh Wafa Aula

Filem & TV 5 jam yang lalu

Mechamato Movie, Promosikan Budaya Malaysia Di Peringkat Global Pada 2023

Filem ini mengisahkan Amato iaitu bapa kepada BoBoiBoy, secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan o...

Selebriti 21 jam yang lalu

Ada Persamaan Tak, Bila Haniff Hamzah Dikatakan Mirip Pelakon 'Wakanda Forever' Watak Namor