Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buku Terpakai Masih Ada "Harga"

Setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan ataupun yang dibeli daripada orang ramai mempunyai nilai masing-masing.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 10:00AM

Gambar ihsan Facebook Books and Bobs.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi pekerja kedai buku terpakai dalam talian Books and Bobs, membuka kotak mengandungi buku-buku terpakai ibarat menyelongkar peti harta karun yang kadangkala menemukan mereka dengan "khazanah” yang mempunyai nilai tersendiri.

“Setiap kali ada kotak sampai, kita akan buka dan belek dengan teliti buku yang diterima kerana adakala buku terbabit mempunyai autograf penulis dan ada juga buku edisi pertama,” kata pemilik Books and Bobs Rachel Ang.

Gambar ihsan Facebook Books and Bobs.
Gambar ihsan Facebook Books and Bobs.

Sekalipun begitu, Ang berkata setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing.   

“Buku yang berkeadaan terlalu lusuh sekalipun masih bernilai, iaitu kita hantar untuk dikitar semula,” kongsinya dengan Bernama baru-baru ini.

BERMULA DI FACEBOOK KINI DI PLATFORM E-DAGANG

Bekas akauntan bertauliah dan ejen insurans itu memutuskan untuk menjadikan kegemaran membaca dan rasa cinta beliau terhadap buku sebagai sumber pendapatannya dengan menubuhkan Books and Bobs pada Julai 2016, bermodalkan tidak sampai 100 buah buku.

“Saya sebenarnya menganggur selama beberapa tahun selepas meninggalkan industri pemasaran. Malah saya pernah menjalankan perniagaan dalam talian menjual barang perhiasan kostum selama kira-kira setahun.

“Namun kehidupan saya pada masa itu terlalu sibuk menyebabkan saya mengalami kemurungan. Sepanjang tempoh itu saya mencari ketenangan menerusi buku sebelum saya beransur-ansur terlibat dalam penjualan buku melalui Facebook. Saya mulakan dengan mengiklankan 50 buah buku daripada koleksi saya dan juga buku baharu kepada kawan-kawan dan ahli kelab buku. Saya kemudian perluas pasaran dengan menyertai kumpulan pencinta buku melalui Instagram,” ceritanya.

Tambahnya, pada tahun pertama, beliau melakukan aktiviti itu secara sambilan dan hanya terbabit sepenuh masa setahun kemudian apabila perniagaannya semakin berkembang.

NILAI SENTIMENTAL BUKU TERPAKAI  

Sebagai seorang yang sangat gemar membaca, Ang lazimnya mendapatkan buku daripada kedai buku terpakai bagi menjimatkan kos kerana harga buku baharu agak mahal.

“Ada masa saya terpaksa berjimat cermat untuk membeli buku kerana dana yang terhad. Disebabkan harga yang tinggi juga saya keberatan untuk membeli buku baharu serta karya penulis yang tidak dikenali. Justeru, penyelesaian terbaik adalah membeli buku terpakai,” jelasnya.

Ang  juga berpandangan dengan menjual buku terpakai, beliau sebenarnya berkongsi nilai sentimental sesebuah buku itu untuk dihargai oleh pembaca atau pemilik seterusnya.

“Atas sebab itu jugalah 90 peratus buku dalam stok kami adalah buku terpakai,” jelasnya lagi, menambah mereka turut menjual buku baharu bagi memberi pilihan kepada pengguna.

Mengenai nama premisnya yang agak unik, Ang berkata nama Books and Bobs itu dicadangkan oleh suaminya yang mengambil inspirasi drama teater British bertajuk "Bits and Bobs”.

Menurutnya, bits and bobs adalah slanga dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “pelbagai jenis objek kecil". 

“Sekarang kami ada kira-kira 15,000 naskhah buku dalam stok,” katanya.

Mengenai harga pula, beliau berkata penetapan dibuat berdasarkan gred buku iaitu "buku baharu", “seakan baharu", “sangat baik” dan “boleh diterima”.

“Saya bermula dengan menjual buku bukan fiksyen berbahasa Inggeris, namun sekarang saya sedar semua jenis buku ada pasaran masing-masing.

"Sebagai contoh, buku mengenai seni mempertahankan diri dan kesejahteraan seperti ‘qi qong’ amat popular dan sering dicari oleh pelanggan tetap kami.

“Saya dapati orang ramai amat menghargai buku yang saya jual dan mereka beritahu saya ‘oh, saya dah lama cari buku ini dan akhirnya dapat juga. Murah pula tu. Terima kasih!’ Inilah yang membakar semangat saya untuk terus terlibat dalam bidang ini dan saya gembira dengan pekerjaan saya sekarang,” ujarnya.

Menurut ibu kepada dua anak perempuan itu, sambutan yang diterima juga amat menggalakkan dengan pada tahun lepas beliau merekodkan jualan bernilai RM400,000.

Tahun ini, kedainya yang diuruskan dengan bantuan sembilan pekerja termasuk seorang pekerja sambilan, berada di landasan untuk mencatatkan jualan bernilai RM600,000.

“Saya anggap ini adalah hikmah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” ujarnya. 

PUPUK TABIAT MEMBACA 

Mengulas mengenai tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Ang berkata sikap itu harus dipupuk di rumah dengan mengambil pendekatan melentur buluh biarlah dari rebung.

“Membaca buku bukan sahaja memberikan anda pengetahuan bersandarkan fakta sebenar, tetapi turut membolehkan anda mengulang baca buku itu pada bila-bila masa.

“Selain itu, buku seperti novel turut memberikan kita perasaan gembira dan lain-lain di samping meningkatkan kosa kata kita,” kata wanita itu, menambah buku pertama yang mencetuskan minat membacanya bertajuk ‘5 People You Meet in Heaven'.

Malah bagi beliau, membaca buku digital atau melalui Internet tidak dapat memberikan kepuasan yang sama seperti membaca buku fizikal.

“Saya lebih suka membaca buku fizikal kerana saya sukakan perasaan semasa membelek muka surat serta bau buku… satu pengalaman yang amat berbeza berbanding membaca buku digital,” kata Ang yang meluangkan kira-kira dua jam setiap hari untuk membaca.

"Buku baharu atau lama, kedua-duanya amat bernilai bagi saya,” tambahnya.

PASARAN BUKU LAMA

Seorang lagi pencinta buku Abdul Halim Ismail, 54, turut menjadikan kegemarannya itu sebagai sumber pendapatan.

Namun, tidak seperti Ang yang menjual dalam talian sepenuhnya, Abdul Halim turut membuka gudang simpanan bukunya yang terletak di Taman Saujana Puchong dekat sini, kepada pembeli.

Sekali pandang, premis tanpa papan tanda itu tidak ubah seperti sebuah stor biasa. Namun, menjengah ke dalamnya, mata akan tertumpu pada susunan lebih 10,000 naskhah buku milik bekas pengurus kilang berkelulusan kejuruteraan kimia daripada Universiti of Arkansas tersebut. 

“Saya mula menjual buku terpakai koleksi sendiri menerusi platform eBay pada 2004,” katanya, menambah beliau menyewa gudang itu sejak 2017 bagi menjual koleksinya yang diperoleh daripada orang ramai, institusi pendidikan dan syarikat korporat sejak tujuh tahun lepas.

“Saya pernah bekerjasama dengan seorang pesara kerajaan menjual dan mengumpul buku terpakai menerusi van ‘Mobile Book Cafe'. Kemudian saya mencuba platform Facebook dengan mewujudkan page bernama ‘Çoretan  Buku Terpakai’ dan ‘Buku Terpakai’ serta platform Shopee ‘ABook’,” ceritanya.

PENGUMPUL BUKU LAMA

Beliau turut memanfatkan platform mudah.my bagi mengiklankan dan memasarkan bukunya yang dijual pada harga serendah RM1 hingga RM300 senaskah.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan beliau adalah peminat buku lama, merangkumi buku ilmiah dan juga novel berbahasa Melayu.

Selain menerima pelbagai jenis bahan bacaan termasuk buku teks sekolah dan rujukan serta majalah yang dterbitkan pada era terdahulu, Abdul Halim turut membantu pelanggan mencari buku yang mereka mahukan.

"Ramai dalam kalangan pelanggan saya ialah pengumpul buku-buku lama... Jika ada yang menyumbang buku-buku sebegini ke premis saya, saya akan menghubungi mereka (pelanggan)," jelasnya, menambah kebanyakan mereka menggemari buku zaman penjajahan British di Tanah Melayu, buku sejarah ataupun karya Sasterawan Negara seperti A. Samad Said dan Usman Awang.

Abdul Halim juga sependapat dengan Ang bahawa buku terpakai mempunyai daya tarikan tersendiri selain masih ramai yang gemar membaca buku fizikal berbanding buku digital.

Katanya pelanggan boleh datang sendiri ke gudang itu yang dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 1 tengah hari selain membeli secara dalam talian yang akan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 bulan yang lalu

Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

2

Gaya 7 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

4

TARA 11 bulan yang lalu

Bersedia! KTM Bakal Memulakan Operasi Kereta Api Enjin Stim Tahun Depan Yang Cukup Klasik Dan Menggamit Memori 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 2 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran