web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KUOA 2022 Tampilkan Keunikan Produk Usahawan Orang Asli

Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) 2022 membolehkan orang ramai mendapatkan hasil kraf, makanan serta herba dikeluarkan 50 usahawan Orang Asli seluruh negara.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 9:49AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua, kiri) melihat produk kraf dari usahawan Orang Asli pada Majlis Pra Pelancaran Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) 2022 bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Jun ini selepas tertangguh dua tahun ekoran wabak COVID-19 dengan mengetengahkan keunikan produk usahawan masyarakat Orang Asli. 

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata KUOA 2022 yang akan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Amanjaya Meru di Ipoh, Perak membolehkan orang ramai mendapatkan hasil kraf, makanan serta herba dikeluarkan 50 usahawan Orang Asli seluruh negara.

Beliau berkata pelbagai acara menarik turut disusun sepanjang karnival itu termasuk demonstrasi anyaman tradisional, pertandingan menyumpit dan pakaian tradisional serta persembahan kumpulan kebudayaan Orang Asli. 

Menurutnya penganjuran karnival itu merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada Orang Asli dalam menjana dan meningkatkan ekonomi mereka setanding masyarakat lain di negara ini.

"Penglibatan masyarakat Orang Asli dalam bidang keusahawanan semakin meningkat dari tahun ke tahun, oleh itu KUOA 2022 ini seiring dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan warga Orang Asli dapat seiring dengan masyarakat perdana," katanya selepas merasmikan prapelancaran KUOA 2022.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Sapiah Mohd Nor berkata sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi membantu melahirkan usahawan Orang Asli tahun ini.

Beliau berkata ia meliputi pemberian bantuan premis perniagaan, peralatan perniagaan, penganjuran kursus dan seminar keusahawanan. 

"JAKOA yakin KUOA 2022 dapat menjadi platform terbaik bagi memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat dan pelancong," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN