web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PBAKL 2022 Mampu Capai Sasaran Lebih 700,000 Pengunjung

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) yang bermula Sabtu lepas mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima kedatangan lebih 50,000 pengunjung sehari.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 5:40PM

Gambar Twitter @KLIBF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) yang bermula Sabtu lepas mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima kedatangan lebih 50,000 pengunjung sehari, selepas dua tahun dilaksanakan secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2022 Mohd Khair Ngadiron berkata berdasarkan jumlah tersebut, beliau yakin sasaran 700,000 sehingga sejuta pengunjung dapat dicapai.

"Pada mulanya kita risau juga PBAKL 2022 ini tidak dapat sambutan, risau orang ramai masih takut nak keluar rumah selepas pandemik COVID-19. Mungkin disebabkan kerinduan rakyat Malaysia terhadap buku, sambutan kali ini menjadi sangat luar biasa," katanya kepada Bernama.

Gambar Twitter @KLIBF
Gambar Twitter @KLIBF

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran itu antaranya mempromosikan pesta buku tersebut di media sosial, meletakkan gegantung dan papan iklan di sekitar Lembah Klang.

Mohd Khair berkata PBAKL 2022 menampilkan kelainan dari segi pengisian program, selain buat julung kali diadakan secara hibrid iaitu gabungan secara fizikal bermula 3-12 Jun, manakala secara dalam talian bermula 1-15 Jun bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia menyertai acara berkenaan.

"Dari segi pengisian program, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari seperti pertunjukan buku, bual bicara dan sebagainya. Kita juga adakan program Laman Santai Seni yang melibatkan pemuisi dan penyanyi untuk menarik minat orang ramai," katanya.

Gambar Twitter @KLIBF
Gambar Twitter @KLIBF

Sementara itu, seorang pengunjung M. Shavinashiny, 16, yang pertama kali menghadiri pesta buku itu berasa teruja kerana dapat bertemu dengan ramai penulis buku. 

"Saya datang ke sini untuk mencari buku rujukan pelajaran serta novel. Saya sangat gembira dapat bertemu ramai orang termasuk penulis di sini," katanya.

Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Abd Raziq Ghazali, 22, berkata penganjuran PBAKL 2022 secara fizikal mengimbau kembali kemeriahan pesta buku itu seperti sebelum negara dilanda wabak COVID-19.

"Kali terakhir saya menghadiri PBAKL ialah pada 2019 dan saya sangat gembira akhirnya ia diadakan secara fizikal semula selepas dua tahun,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Krismas Meriah Dengan Upacara Keagamaan, Aktiviti Bersama Keluarga

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan Meriah Di Seluruh Negara, Serlah Semangat Patriotik Rakyat

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN