web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diplomat Sertai Pertunjukan Fesyen Promosi Sutera Thailand

Pertunjukan fesyen “Celebration of Silk, Thai Silk Road to The World” ke-11 itu adalah sebahagian perayaan sempena ulang tahun kelahiran ke-90 Permaisuri Sirikit serta menghargai sumbangannya untuk industri sutera.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Thailand pada Sabtu menganjurkan World Thai Silk Fashion Extravaganza dalam usaha menyokong industri sutera negara ini yang turut  menampilkan aksi ahli kor diplomatik di pentas peragaan.

Pertunjukan fesyen “Celebration of Silk, Thai Silk Road to The World” ke-11 itu adalah sebahagian perayaan sempena ulang tahun kelahiran ke-90 Permaisuri Sirikit serta menghargai sumbangannya untuk industri sutera.

Tahun ini, lebih 1,000 meter fabrik sutera telah digunakan oleh pelajar bidang fesyen untuk menghasilkan pelbagai rekaan busana yang menarik.

Seramai 231 guru dan 318 pelajar dari 73 universiti dan kolej vokasional menyertai pertunjukan itu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof Dr Wissanu Krea-ngam.

Beliau berkata pertunjukan tahunan itu melambangkan kerjasama komuniti diplomatik dalam mempromosikan pertukaran budaya serta mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat Thailand dan negara peserta.

“Terima kasih kepada diplomat yang mengambil bahagian. Ia juga memberi peluang kepada pelajar mempelajari budaya dan warisan asing melalui rekaan pakaian sutera Thailand, ini adalah pengalaman berharga untuk generasi muda kita,” katanya.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel dan isterinya Datin Catherina Cherian Samuel antara kor diplomatik yang turut mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen itu,

Beliau dan isteri memperagakan busana yang diinspirasikan daripada pakaian tradisional Malaysia, hasil rekaan guru dan pelajar Universiti Teknologi Rajamangala. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN