web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 6:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM5 juta bagi pembangunan Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang (PIDL), sebuah perpustakaan Islam secara maya berkonsep moden di negeri itu yang dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PIDL yang mempunyai lebih 1,500 bahan bacaan islamik secara digital akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) iaitu institusi pengajian tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Sebagaimana kunjungan pertama saya ke KITAB sekitar Disember lepas, hari ini saya gembira untuk kembali ke sini bagi bersama-sama menyaksikan satu lagi mercu kebanggaan kita bersama iaitu PIDL akhirnya berjaya direalisasikan dengan jayanya.

"Sama seperti Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) sedia ada, kerajaan negeri berharap kemudahan ini (PIDL) dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar dan golongan profesional di segenap institusi serta seluruh warga Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PIDL dan Al-Hady Centre (AHC) serta sambutan Jubli Perak KITAB oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Dr Roslan Ahmad.

Chow berkata PIDL sebagai pusat sumber maklumat secara digital juga akan saling melengkapi fungsi dan peranan AHC sebagai sebuah entiti atau pusat tanggungjawab yang mengintergrasikan pemikiran serta ketamadunan Islam melalui aktiviti penyelidikan secara saintifik.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata komitmen yang telah digerakkan oleh KITAB merupakan usaha yang seiring dengan Gagasan Khaira Ummah 2030 iaitu satu pelan pembangunan komprehensif umat Islam di Pulau Pinang yang bertujuan mempersiapkan umat Islam yang terbaik untuk Pulau Pinang menjelang 2030. 

Beliau yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata gagasan Khaira Ummah 2030 juga antara lain bagi memberdayakan umat Islam di Pulau Pinang menerusi program pembangunan keilmuan, ekonomi, kekeluargaan, anak muda dan kerohanian.

"Bagi memenuhi hasrat dan agenda besar memartabatkan KITAB sebagai universiti menjelang 2030, MAINPP telah meluluskan cadangan membangunkan kampus KITAB berasaskan wakaf di atas tanah serahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada MAINPP seluas tujuh hektar di Bandar Cassia, Batu Kawan dekat sini.

“Pembangunan kampus KITAB Bandar Cassia itu adalah berkonsepkan wakaf iaitu ke arah mewujudkan sebuah Universiti Islam Berasaskan Wakaf di Pulau Pinang menjelang 2030," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN