Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tradisi Mantai Kembali Meriah, Pesanan Dalam Talian Tambah Pendapatan Peniaga

Kelainan mantai kali ini, pembeli boleh membuat pesanan dalam talian bagi menempah daging lembu atau kerbau kemudian mengambil pesanan itu di tujuh pasar terpilih di negeri ini bagi mengelakkan kesesakan.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 9:27AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemeriahan mantai kembali dirasai khususnya buat penduduk di Negeri Sembilan menerusi aktiviti melapah dan menjual daging setelah dua tahun tradisi itu tidak dapat dilaksanakan secara kelaziman susulan pandemik COVID-19.

Seawal 5 pagi tadi, pekarangan Seremban Centrepoint telah dikunjungi penduduk di sekitar Seremban untuk membeli daging dan barangan basah lain bagi persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

Kelainan sambutan mantai kali ini, pembeli boleh membuat pesanan dalam talian menerusi aplikasi Agrobazar Online bagi menempah daging lembu atau kerbau kemudian mengambil pesanan itu di tujuh pasar terpilih di negeri ini bagi mengelakkan kesesakan.

Peniaga, Hazmi Syakir Hirzan Bazli berkata inisiatif kerajaan negeri memperkenalkan aplikasi itu mendapat sambutan menggalakkan dan mula membungkus pesanan pelanggan sejak awal 2 pagi tadi.

“Pukul 12 tengah malam tadi saya sudah berada di tapak pasar ini bagi persiapan untuk berniaga, kira-kira 5 pagi tadi sudah ada pelanggan membeli daging di sini, sehingga 9 pagi tadi hampir 200 kilogram daging telah dijual termasuk pesanan dalam talian,” katanya kepada pemberita.

Peniaga berusia 30 tahun itu yang juga penternak lembu di Lubok China menyasarkan untuk menjual daging daripada 12 ekor lembu ternakannya dan menyifatkan pendapatan perniagaan keluarganya itu semakin baik sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

“Menerusi pesanan secara dalam talian, pembeli juga boleh memilih bahagian mana (organ lembu) hendak dibeli dengan menulis pada ruang yang disediakan dalam sistem pesanan itu,” katanya yang menjual antaranya daging pejal berharga RM36, batang pinang (RM45) dan tulang (RM35) bagi sekilogram.

Beliau menerima tempahan secara dalam talian sebanyak 80 kilogram untuk hari ini.

Rosdi Yusof, 45, dari Taman Sri Pulai, lebih memilih membeli di pasar berbanding membuat pesanan dalam talian kerana mahu merasai kemeriahan mantai dan suasana menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Dalam tempoh dua tahun sebelum ini, pergerakan kita terbatas akibat COVID-19, sekarang kita dapat menyambut hari raya, jadi saya mahu suasana seperti dahulu dengan membuat persiapan membeli daging mantai di pasar untuk memasak rendang nanti,” katanya.

Norhaslinda Mohamed, 39, pula membeli dua kilogram daging hari ini untuk ibu bapanya di Jelebu serta adik-beradiknya yang lain kerana dia tidak dapat bersama keluarga di kampung pada perayaan kali ini.

Katanya, sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah dengan kembalinya aktiviti mantai yang amat sinonim dengan masyarakat di negeri ini.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata aktiviti mantai bagi sambutan perayaan kali ini melibatkan 420 ekor lembu dengan kos RM1.68 juta.

Katanya daripada jumlah itu, kerajaan negeri menerima tempahan sebanyak 241 kilogram secara dalam talian dan pembeli boleh mengambil tempahan mereka di beberapa pasar yang ditetapkan.

“Mantai ini adalah tradisi masyarakat di negeri ini sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sebab itu ramai anak perantau Negeri Sembilan akan pulang ke kampung lebih awal untuk meraikan mantai.

“Uniknya mantai ini, setiap daerah ada kelebihan masing-masing, contohnya di Rembau, daging kerbau menjadi pilihan utama,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 9 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri